Kaym, Akpk Didik Pelajar Urus Kewangan Secara Bijak

Categories

Article taken from Bernama

 

MELAKA, 1 Okt (Bernama) -- Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangai antara Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam Program Jelajah Bijak Wang diPusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, baru-baru ini.

 

KAYM diwakili pengerusinya, Md. Rawi Mahmud yang juga Timbalan Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi sementara AKPK diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azaddin Ngah Tasir.

 

Md Rawi Mahmud berkata, MoU itu adalah mengenai modul Pengurusan Kewangan AKPK yang membabitkan pelajar tahun akhir.

 

“Melalui MoU ini, KAYM mengambil langkah bijak melatih pelajar-pelajar KAYM,khususnya dalam pengurusan kewangan peribadi serta menangani bebanan hutangdengan bijak terutama di alam pekerjaan nanti ” ujurnya.

 

Jelasnya, modul tersebut akan mengajar pelajar bagaimana menguruskan kewanganmeraka apabila di alam pekerjaan nanti agar tidak dibebani hutang sehinggadiisytiharkan muflis pada usia muda.

 

Sementara itu, menurut Azaddin Ngah, AKPK telah berusaha untukmengakreditasikan modul pengurusan kewangan peribadi dengan Agensi KelayakanMalaysia (MQA).

 

“Ia berdasarkan buku terbitan kami, ‘Celik Wang’ iaitu sebanyak satu jam kreditbersamaan dengan 40 jam pembelajaran pelajar dan sehingga hari ini sebanyak 84IPT telah menerapkan modul kewangan kami.” katanya lagi.

 

Hadir sama, Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Kewangan, Amidah Hamim sertaPengurus Besar UTC, Datuk Abu Dolah Hitam.Selain dari KAYM.

 

MoU bersama AKPK itu turut ditandatangi Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Melaka