• Polisi Pemberitahuan Maklumat AKPK bertujuan untuk mencapai dan mengekalkan tahap tingkah laku yang tinggi di tempat kerja, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

  • Pekerja dan pihak berkepentingan, termasuk pembekal digalakkan untuk melaporkan sebarang kebimbangan sebenar mengenai salah laku tanpa rasa gentar terhadap sebarang tindakan balas jika mereka bertindak dengan suci hati.

  • Pemberi maklumat (whistleblower) digalakkan menyertakan nama mereka terhadap pendedahan mereka kerana tindakan susulan berkaitan dan siasatan mungkin tidak dapat dilakukan kecuali sumber maklumat pendedahan dikenalpasti.

  • AKPK akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi pemberi maklumat (whistleblower) daripada apa-apa diskriminasi, tindakan balas atau gangguan. Pihak yang bertindak balas terhadap seseorang yang telah melaporkan salah laku dengan suci hati mungkin tertakluk kepada tindakan bersesuaian, sehingga dan termasuk tindakan undang-undang, di mana berkenaan.

  • Jika penyiasatan berikutnya mendedahkan pendedahan dibuat dengan niat jahat, tindakan bersesuaian akan diambil terhadap pemberi maklumat (whistleblower).

  • ‘Salah laku’ bermaksud sebarang tingkah laku tidak beretika, penyelewengan, perbuatan haram atau kegagalan untuk mematuhi polisi dan prosedur AKPK, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    1. Kebimbangan mengenai layanan perakaunan AKPK, kawalan dalaman atau perkara-perkara berhubung dengan pengauditan
    2. Ketidakpastian, rasuah, perbuatan penipuan dan kecurian
    3. Penyalahgunaan harta, aset atau sumber-sumber AKPK
    4. Perlakuan merupakan kesalahan atau keganasan dari segi undang-undang
    5. Penyalahgunaan kuasa
    6. Kesilapan pengurusan yang melampau dalam AKPK
    7. Konflik kepentingan serius tanpa pendedahan

  • Pemberi maklumat (whistleblower) boleh melaporkan kebimbangannya kepada pegawai yang ditetapkan seperti berikut:
    1. Ketua Pegawai Eksekutif AKPK @ ceo@akpk.org.my
    2. Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga AKPK @ acchairman@akpk.org.my
    3. Pengerusi Lembaga Pengarah AKPK @ chairman@akpk.org.my

  • Salah laku boleh juga dilaporkan dengan menyerahkan borang ‘Whistleblowing Incident Report Form’ (WIRF) kepada pegawai yang ditetapkan. Contoh borang WIRF seperti Lampiran yang disertakan.