Maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah untuk tujuan umum sahaja. Maklumat ini disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan sementara pihak kami berusaha memastikan maklumat yang terkandung adalah betul dan kemas kini, kami tidak akan mewakili atau memberi sebarang jaminan, sama ada secara langsung atau tidak langsung (tersirat) berkenaan keutuhan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan atau grafik kaitan yang sedia ada di dalam laman web ini untuk sebarang sebab. Kebergantungan anda terhadap maklumat tersebut adalah risiko anda semata-mata.

Pihak AKPK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa sebarang had, secara tidak langsung atau kehilangan atau kerosakan yang penting, ataupun sebarang kehilangan atau kerosakan hasil daripada kehilangan data atau keuntungan hasil daripada, atau berhubungan dengan, penggunaan laman web ini.

Melalui laman web ini, anda boleh mengakses pautan kepada laman web yang lain yang bukan di bawah kuasa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Kami tidak mempunyai kuasa terhadap sifat, isi kandungan dan kewujudan laman-laman web tersebut. Apa-apa pautan yang dimasukkan dalam laman web kami tidak semestinya bermaksud AKPK mewakili sebarang bentuk cadangan atau sokongan terhadap pandangan yang termaktub di dalam laman-laman web tersebut.

Setiap usaha diambil untuk memastikan laman web ini terus berfungsi. Walau bagaimanapun, AKPK tidak akan bertanggungjawab sekiranya laman web ini tergendala sementara akibat isu-isu teknikal di luar kawalan kami.

Maklumat Peribadi

AKPK menganggap sangat penting kesemua maklumat peribadi yang diberi kepada kami dan berusaha melindungi maklumat berikut daripada akses dan pendedahan tanpa izin. Walau bagaimanapun, kami bukanlah penanggung kepada sekuriti maklumat peribadi anda. Sewajarnya, AKPK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pendedahan data yang disebabkan oleh ralat penghantaran, akses pihak ketiga tanpa izin atau kelakuan lain pihak ketiga, ataupun kelakuan atau ketertinggalan maklumat yang di luar kawalan munasabah kami.

Dari segi kaunseling, Sebarang maklumat peribadi yang dikongsi dianggap amat sulit.

Polisi Emel

Polisi peribadi emel ini bertujuan menunjukkan komitmen kukuh AKPK terhadap privasi dan perlindungan maklumat anda. Sekiranya anda menerima emel daripada pihak kami, ini bermaksud (a) alamat emel anda disenaraikan kerana anda secara langsungnya telah berkongsi alamat emel anda untuk tujuan menerima maklumat daripada AKPK pada masa akan datang (“opt-in”), atau (b) anda telahpun mendaftar atau mempunyai hubungan sedia ada dengan pihak kami.

Sekiranya terdapat sebarang kes percanggahan antara bahasa untuk Kenyataan Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi terdahulu.