Pengenalan

  • Notis Perlindungan Data Peribadi (Notis) ini menerangkan bagaimana Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menggunakan data peribadi anda. 
  • AKPK amat komited untuk memastikan data peribadi diproses mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).
  • Notis ini adalah berkaitan dengan data peribadi yang anda kongsikan secara sukarela dengan AKPK apabila anda menggunakan perkhidmatan kami.  

Tujuan Notis

  • Notis ini dikeluarkan selari dengan APDP kepada semua individu yang merupakan pelanggan, rakan kongsi pintar, pihak yang berkepentingan, penjual, dan / atau pembekal barangan dan / atau perkhidmatan serta pekerja mereka yang: 
    1. pada masa lepas telah menghadiri atau pada masa depan akan hadir untuk pendidikan kewangan AKPK, kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit; atau 
    2. mengemukakan apa-apa tender / pemerolehan untuk AKPK.

Tujuan Pemprosesan Data Peribadi

  • AKPK  memproses data peribadi seperti di bawah tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
    1. Untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan dan kaunseling kewangan
    2. Untuk membangunkan Program Pengurusan Kredit Peribadi (PPK)
    3. Untuk menilai keberkesanan Program Pendidikan Kewangan dan PPK kami
    4. Untuk menilai kesesuaian penjual, dan / atau pembekal barangan dan / atau perkhidmatan serta pekerja mereka dalam menganugerahkan kontrak yang dipohon
    5. Untuk menguatkuasakan hak dan tanggungjawab dalam kontrak, termasuk membuat pembayaran untuk barangan dan / atau perkhidmatan dan menyimpan maklumat peribadi kakitangan yang bertanggungjawab kepada obligasi penjual, dan / atau pembekal barangan dan / atau perkhidmatan serta pekerja mereka di bawah kontrak 
    6. Untuk menjalankan kajian kepuasan pelanggan dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami 
    7. Untuk menyediakan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami 
    8. Untuk pegesahan maklumat yang berkaitan dengan butir-butir peribadi, latar belakang pekerjaan, dan kedudukan kewangan 
    9. Lain-lain aktiviti perniagaan yang sah daripada AKPK.

Jenis Pemprosesan Data Peribadi

  • AKPK memproses data peribadi termasuklah seperti berikut namun tidak terhad kepada perkarai-perkara berikut: 
    1. Butir- butir peribadi : nama, bangsa, agama, tarikh lahir, umur, jantina, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor paspot, status perkahwinan, butir-butir pasangan, anak-anak dan waris terdekat dan latar belakang pendidikan. 
    2. Sejarah pekerjaan 
    3. Pinjaman dan nombor akaun bank & baki dan caruman berkanun, iaitu KWSP, SOCSO dan cukai pendapatan. 
    4. Maklumat mengenai aset, liabiliti dan kedudukan kredit.

Pendedahan Data Peribadi

  • AKPK boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut, termasuklah permintaan wajib yang dibuat oleh mana-mana pihak di bawah undang-undang Malaysia berkenaan:
    1. Pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi undang-undang, kawal selia dan keperluan kerajaan; dan
    2. Mana-mana entiti lain yang berkaitan, termasuk bank-bank, syarikat insuran, pengendali takaful, institusi pembangunan kewangan dan koperasi.

Capaian Data Peribadi

  • Di bawah APDP, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini .

Cara Berhubung

  • Untuk mendapatkan penjelasan mengenai dokumen ini dan permintaan berkaitan maklumat peribadi, anda boleh meminta untuk dipinda dan / atau diubah data peribadi anda dengan menghubungi Encik Mohd Adnan Anan Abdullah, Pegawai Perlindungan Data Peribadi di:

    Alamat e-mel  : pdpo@akpk.org.my 
    Nomber Telefon  : 603 – 2610 5620
    Nomber Fak  : 603 – 2616 7603
    Waktu Operasi  : 8.30 pg – 5.30 ptg
    (Isnin – Jumaat, tidak termasuk cuti umum)

     

    Keselamatan Data

    • AKPK mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi yang dikumpul dan kerahsiaannya. AKPK memastikan pentadbiran yang bersesuaian, perlindungan keselamatan dan prosedur yang diambil adalah selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan bagi perlindungan data peribadi.

    Pengekalan Data

    • AKPK memastikan yang maklumat peribadi yang dikumpul akan dikekalkan dan dimusnahkan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 10 APDP.

    Integriti Data

    • Data peribadi yang anda berikan kepada AKPK adalah tepat dan terkini dan jika ada terdapat perubahan kepada data, anda perlu memberitahu AKPK sewajarnya.