Solan Lazim

Apakah maksud PPK?

Program Pengurusan Kredit membantu individu dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Pelan tersebut akan membantu individu membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan mereka dengan cara yang baik. 

Apakah jenis-jenis pinjaman yang boleh distruktur atau dijadual semula

Pinjaman-pinjaman atas nama individu yang di luluskan oleh pemiutang-pemiutang berikut layak untuk dipertimbangkan di bawah PPK:                                                                    

(i)   Bank Perdagangan                                                                                                               

(ii)  Perbankan Islam                                                                                                                 

(iii) Penyedia  Insuran Hayat                                                                                                                  

(iv)  Penyedia Takaful                                                                                                                                            

(v)   Institusi Bank pembangunan                                                                                                    

(vi)  Penyedia Kad kredit/kad caj                                                                                                

(v)   Malaysia Building Society Berhad (MBSB)                                                                         

(vi)  Koperasi Bank Persatuan                                                                                                           

Walau bagamanapun, syarat-syarat tambahan dikenakan bergantung kepada keadaan kes untuk melayakkan pinjaman bercagar (seperti pinjaman perumahan dan sewa beli) dipertimbangkan di bawah PPK. Sementara itu, kelayakkan pinjaman yang dibayar melalui potongan Biro Angkasa untuk dipertimbangkan di bawah PPK adalah terhad kepada beberapa jenis pinjaman sahaja. 

Bagaimana saya boleh mendaftar masuk Portal Pelanggan?

Langkah 1 Layari www.akpk.org.my/home/gateway

Langkah 2 klik “ New User”

Langkah 3 Bina profil anda 

*Jika sistem paprkan “Invalid atau Existing ID” sila hubungi talian bebas tol kami atau hadirkan diri ke mana-mana cawangan AKPK terdekat 

Bagaimana saya boleh mendaftar PPK?

Sila layari laman sesawang berikut https://customer.akpk.org.my/UserManual/Customer_portal_Portal_Guide.pdf

Bagaimana saya boleh membuat temujanji?

Sila isikan semua butiran pendaftaran PPK anda.

Apakah dokumen perlu saya sediakan?

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji terkini jika bekerja / bukti pendapatan seperti pengisytiharan pendapatan dari mana-mana Pesuruhjaya Sumpah.
  • Dokumen undang-undang / Penyata Cukai Pendapatan (jika ada)
  • Penyata KWSP
  • Laporan kredit (CCRIS)
  • Lain-lain maklumat tambahan sekiranya berkaitan:
    • Surat pengesahan doktor sekiranya menghidap penyakti yang kronik
    • Sijil kematian pasangan / pencari nafkah utama
    • Surat pengesahan orang kelainan upaya (OKU) untuk diri sendiri dan/atau tanggungan
    • Surat pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Surat pengesahan PERKESO untuk penerima pencen ilat
    • Bil-bil perubatan untuk diri sendiri dan/atau tanggungan
    • Dokumen undang-undang - jika ada

Dimanakah pejabat AKPK?

http://www.akpk.org.my/contact-us

Setelah memasukki program AKPK, adakah seorang individu boleh pergi ke luar negara?

Ya. AKPK tidak menghalang pelanggan untuk pergi ke luar negara.

Saya memerlukan nasihat umum?

AKPK menyediakan 3 perkhidmatan

1. Program pendidikan kewangan

Layari www.akpk.org.my/my/pendidikan-kewangan

2. Program Pengurusan Kredit 

Layari customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin

3. Kaunseling

Hadirkan diri ke mana-mana cawangan AKPK yang berhampiran www.akpk.org.my/contact-us 

AKPK services are free?  Is there any 3rd party Agents assigned by AKPK?

AKPK tidak melantik sebarang ejen dan kesemua perkhidmatan AKPK adalah percuma.

Adakah AKPK menyediakan pinjaman baru?

AKPK tidak membantu pelanggan untuk mendapatkan pinjaman baru. 

Anda perlu berhubung terus dengan Bank-Bank yang memberi pinjaman,semua keputusan tertakluk kepada terma dan syarat Bank.

Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula hutang syarikat/pemberi pinjaman berlesen?

Tidak, AKPK hanya boleh menyelia pinjaman oleh pemberi-pemberi pinjaman yang tersenarai seperti di no. (2) di atas.

PPK saya telah dibatalkan. Bagaimana saya boleh memohon untuk mengaktifkan semula?

Langkah 1  layari www.akpk.org/home/gateway     

Langkah 2  Log masuk portal Pelanggan 

Langkah 3  Klik “Reinstatement”  bawah DMP services

Langkah 4  Sediakan surat rayuan/dokumen sokongan (softcopy)

Langkah 5  Lampirkan surat rayuan/dokumen sokongan

Langkah 6  Sila rujuk kepada panduan emel

*Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada budi bicara AKPK.

Sudah lebih 6 bulan PPK saya telah dibatal dan saya menghadapi masalah hutang yang rumit. Bolehkah saya membuat permohonan semula?

Langkah 1 layari www.akpk.org/home/gateway     

Langkah 2 Log masuk portal Pelanggan(Klik Forgot password) 

Langkah 3 Tukar kata kunci

* Jika sistem paparkan "Invalid atau Existing ID" Sila hubungi talian bebas tol kami ataukunjungi  cawangan AKPK terdekat.

Langkah 4 Klik "Reapplication" bawah DMP services 

Langkah 5 Sediakan surat rayuan atau dokumen sokongan

Langkah 6 Sila lampirkan surat rayuan atau dokumen sokongan                                            

Langkah 7 Sila rujuk kepada panduan emel

* Keputusan permohohanan adalah tertakluk kepada budi bicara AKPK.

Saya menghadapi masalah pembayaran PPK saya, apa saya perlu buat?

Untuk pengetahuan anda, pembayaran PPK perlu dibayar tanpa tunggakkan.  Walau bagaimanapun, sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah disebabkan kos perubatan yang tinggi, hilang pekerjaan atau lain-lain sebab yang munasabah, sila aturkan temujanji ( melalui Portal pelanggan) untuk berbincang dengan kaunselor. Bawa bersama dokumen-dokumen sokongan yang ada. 

Saya telah membuat bayaran penuh untuk satu/kesemua hutang Bank, Apa perlu saya buat ?

Langkah 1  layari www.akpk.org/home/gateway     

Langkah 2  Log masuk portal Pelanggan

Langkah 3  Klik "Partial Settlement" bawah DMP services 

Langkah 4  Tandakan (/) pada akaun bank yang telah selesai sepenuhnya

Langkah 6  Sila lampirkan surat pelepasan           

*Bayaran PPK anda akan dilaras setelah pihak Bank mengesahkan pembayaran penuh anda.

Saya ingin mengetahui keadaan semasa bayaran PPK saya, dengan siapa saya perlu berhubung?

Sila hubungi talian bebas tol kami atau tetapkan tarikh temujanji untuk berjumpa dengan Pegawai kami

Bagaimana saya boleh mengemaskini nombor telefon dan alamat surat-menyurat?

Sila log masuk Portal Pelanggan anda.

* Untuk sebarang bantuan sila hubungi talian bebas tol kami.

Bagaimana cara untuk membuat bayaran penuh bagi kesemua/satu hutang bank?

Untuk pembayaran penuh pelanggan PPK perlu berhubung terus dengan piahk Bank untuk mendapatkan jumlah penyelesaian.

Bagaimana saya boleh cetak penyata tahunan saya?

Langkah 1  Layari www.akpk.org.my/home/gateway

Langakh 2  Log masuk Portal pelanggan anda

Langkah 3  Klik “ SOA/Statement ”                                    

* Untuk sebarang bantuan sial hubungi talian bebas tol kami.

Bagaimana saya boleh cetak surat perjanjian PPK saya?

Langkah 1  Layari www.akpk.org.my/home/gateway

Langakh 2  Log masuk Portal pelanggan anda

Langkah 3  Klik “ Letter” bawah DMP services

Langkah 4  Muat turun dokumen

Bagaimana saya boleh membuat temujanji?

Langkah 1  Layari www.akpk.org.my/home/gateway

Langakh 2  Log masuk Portal pelanggan anda

Langkah 3  Klik “ Book appoinmnet” services

Langkah 4  Sila pilih cawangan dan masa                      

*Anda akan menerima satu emel pengesahan temujanji daripada AKPK

Bagaimana saya boleh menukar kata kunci?

Langkah 1 Layari www.akpk.org.my/home/gateway

Langakh 2 Log masuk Portal pelanggan anda

Langkah 3 Klik “ Book appoinmnet” services

Langkah 4  Sila pilih cawangan dan masa                      

*Anda akan menerima satu emel pengesahan daripada AKPK

Saya dalam PPK tetapi masih menerima peringatan dan surat daripada pihak Bank.

Sila pastikan pembayaran PPK anda dibuat tanpa tunggakan danmaklumkan status pembayaran anda kepada Bank yang berkenaan. Jika anda memerlukan nasihat lanjut, sila tetapkan tarikh temujanji untuk berjumpa dengan kaunselor kami.