Anuar Mohd Hassan Pengerusi Lembaga Pengarah baharu AKPK

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia, melantik Anuar Mohd Hassan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah baharu berkuat kuasa 3 September, 2018.

AKPK dalam satu kenyataan hari ini berkata Anuar memiliki pengalaman luas dalam bidang insurans dan takaful yang diperoleh semasa beliau memegang jawatan pengurusan tertinggi di beberapa syarikat insurans tempatan dan juga diperingkat antarabangsa.

Beliau juga pernah menyandang jawatan pengarah di International Centre for Leadership in Finance, Malaysia Oxygen Bhd dan Financial Park Labuan (L) Sdn Bhd, dan juga menjadi pengerusi di pelbagai organisasi termasuk Persatuan Insurans Am Malaysia dan ASEAN Insurance Council, Jakarta.