Peminjam PTPTN boleh rujuk AKPK untuk urus pembayaran balik pinjaman

Categories

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai masalah kewangan serius boleh hadir ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mulai esok untuk menstruktur semula pembayaran tunggakan pinjaman mereka.

 

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, ini merupakan satu strategi yang dilaksanakan antara PTPTN dan AKPK untuk memberi kemudahan kepada peminjam yang kurang berkemampuan agar dapat membuat bayaran balik pinjaman PTPTN berdasarkan kemampuan kewangan mereka.

 

"Dalam situasi ekonomi yang kurang memberangsangkan dan masalah kekurangan dana yang kritikal, strategi ini sangat penting untuk meningkatkan kutipan bayaran balik bagi memastikan generasi seterusnya dapat menikmati kemudahan pembiayaan yang disediakan PTPTN," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan AKPK bagi penyertaan PTPTN dalam program pengurusan kredit (PPK) di sini, hari ini. AKPK diwakili Pengerusi AKPK Datuk Mohd. Hanif Sher Mohamed