News - Posted at

Nov 09,2016

11,300 peserta AKPK berjaya langsai hutang

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR: Seramai 11,300 peserta program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan semua pinjaman mereka dalam tempoh 10 tahun program itu dilaksanakan. Jumlah itu adalah tujuh peratus daripada 160,000 peserta program, dengan sasaran 1,000 lagi peserta berjaya langsai hutang mereka menjelang hujung tahun ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir, berkata dianggarkan 24,000 atau 15 peratus daripada jumlah peserta program itu berusia di bawah 24 tahun. 

Katanya, sebahagian besar peserta berjaya melangsaikan beberapa pinjaman mereka dalam tempoh ditetapkan. 

"Yang mengikuti program ini adalah sebahagian daripada 500,000 orang yang datang berjumpa AKPK meminta khidmat nasihat dan strategi penstrukturan semula pinjaman. 

"Tugas kami adalah berunding dengan pihak bank supaya pinjaman dapat dilangsaikan mengikut kemampuan peserta, setakat ini 80 peratus peserta memberi komitmen baik," katanya dalam sidang media di sini.