TOLL FREE NUMBER
1800-88-2575

Kisah Kejayaan

Cerita 12

Pn Rubiah* ialah seorang ibu tunggal bersama empat orang anak. Pada suatu hari, suaminya tiba-tiba meninggalkannya bersama anak-anaknya yang masih kecil. Pn Rubiah telah membesarkan anak-anaknya seorang diri sejak peristiwa pagi itu. Beliau telah berjanji yang beliau tidak akan membiarkan anak-anaknya merasai perasaan kehilangan ayah mereka. Pn Rubiah bekerja keras untuk memberi mereka apa yang diperlukan. Beliau masih teringat akan kesusahannya sebagai seorang wanita yang tidak berpendidikan yang terpaksa menyuap nasi kepada empat orang anaknya.

Pendapatan Pn Rubiah sebagai kerani yang tidak seberapa itu cukup untuk anak-anaknya meneruskan pendidikan supaya mereka  boleh bergantung pada diri sendiri kelak. Puan Rubiah selalu memastikan anak-anaknya mempunyai keperluan yang mencukupi. Untuk itu, beliau sentiasa bekerja lebih masa untuk menyara keluarganya.

Pn Rubiah tidak pernah jatuh ke dalam cengkaman hutang sewaktu membesarkan anak-anaknya. Kesemua anaknya telahpun dewasa dan mempunyai kerja tetap. Anak perempuan Pn Rubiah kemudiannya melahirkan seorang anak lelaki yang menjadi harapan beliau. Selepas beberapa tahun membanting tulang berkerja, beliau tidak sabar untuk bersara dan berehat sambil meluangkan masa dengan cucu-cucunya. Malangnya, cucu Pn Rubiah mengalami kemerosotan kesihatan. Beliau terkejut mendengarnya. Beliau tidak pernah membayangkan cucunya memerlukan pelbagai pembedahan untuk kegagalan jantung kecilnya itu.

Puan Rubiah dan keluarga bertungkus lumus menjaga cucu kesayangan beliau. Mereka turut memastikan dia menerima rawatan perubatan yang terbaik supaya dia dapat diselamatkan dan memberi peluang untuk hidup secara normal. Apabila kedua-dua anak perempuan dan menantunya tidak dapat menanggung kos untuk anaknya itu, Pn Rubiah melibatkan diri lalu mengambil tanggungjawab menjaga kesihatan cucunya yang makin merosot.

Untuk menyelamatkan cucu beliau, Pn Rubiah terpaksa mengumpul wang yang cukup untuk membiayai kesemua bil rawatan cucunya. Beliau tidak tahu kepada siapa untuk mendapatkan pembiayaan lalu membuat keputusan untuk mengeluarkan simpanan KWSP. Apabila wang itu telah habis diguna, beliau menggunakan kad kredit untuk menyelesaikan bil-bil perubatan yang selebihnya. Malangnya tanpa disedari, bil kad kredit Pn Rubiah melonjak tinggi.

Pn Rubiah tidak mampu membiayai jumlah kos bil yang tinggi dan akhirnya telah memenuhi had kad kreditnya. Setelah itu, beliau mula gagal membayar bil kad kreditnya dan juga lambat dalam pembayaran pinjaman keretanya. Walaupun keadaan cucunya bertambah baik  disebabkan pembedahan, kewangan Pn Rubiah memerlukan perhatian yang mendalam. Beliau telah berhutang sebanyak RM80,000 dan tidak mempunyai penyelesaian. Apabila keretanya ditarik dan dihantar pelbagai surat guaman oleh pemiutang untuk tindakan undang-undang, beliau bertekad untuk mencari pertolongan. Sebelum itu, Pn Rubiah pernah dengar tentang perkhidmatan AKPK melalui kawan-kawan, lantas beliau membuat keputusan untuk mendekati agensi kami untuk meyelesaikan masalahnya.

AKPK telah menasihati bagaimana menguruskan kewangannya dengan lebih baik untuk waktu-waktu yang memerlukan. Ini adalah untuk memastikan bahawa Pn Rubiah tidak akan jatuh ke dalam cengkaman hutang sekali lagi. 

Kaunseling kewangan AKPK yang dilalui oleh Pn Rubiah berserta program pengurusan kewangan AKPK kini membolehkannya berusaha untuk mencapai kehidupan bersara yang bebas hutang.

 

 

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

Kisah 1 dari 12Kisah Seterusnya