POWER! AKPK Infoline
1800-88-2575

Kisah Kejayaan

Cerita 1

Di saat Encik Ramon* melangkah masuk ke premis kami, beliau tidak sangka bahawa beliau mempunyai masalah hutang (kredit) selama 3 tahun. Sekembalinya ke tanah air selepas 15 tahun menetap di Amerika Syarikat, beliau amat terkejut apabila mendapati beliau mempunyai tunggakan kad kredit sebanyak RM 66,000.

Kenyataan ini amat memeranjatkan kerana beliau yakin bahawa beliau sudahpun melunaskan hutang-piutangnya sebelum berangkat ke Amerika Syarikat. Beliau telah pergi ke bank-bank yang berkenaan untuk mengetahui punca masalah itu dan mendapati bahawa ianya bukan berpunca daripada tunggakan bayaran tetapi kerana beliau terlupa untuk membatalkan kad kredit . Kedua-dua bank tersebut telah mengenakan caj ke atas yuran keahlian dan jumlah keseluruhan telah meningkat secara mendadak sejak bertahun ianya ditinggalkan.

Walaupun sudah 3 tahun beliau mengadakan rundingan dengan kedua-dua bank tentang tunggakan hutangya , beliau masih gagal untuk menarik diri ataupun mengurangkan jumlah tunggakan tersebut. Apabila menemui jalan buntu beliau mulai berputus asa. Namun begitu, keadaan mula berubah apabila beliau mengetahui tentang kewujudan AKPK. Dalam masa beberapa hari, AKPK telah berunding dengan kedua-dua bank tersebut dan berjaya memanjangkan tempoh masa untuk pembayaran semula pinjaman selama 10 tahun.

Seperti pelanggan-pelanggan yang lain, En Ramon berhasrat untuk membuat pembayaran semula dalam tempoh beberapa bulan terdekat.

Oleh hal yang demikian beliau sekali lagi tampil untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor AKPK. Selepas rundingan kedua dengan bank-bank berkenaan, kaunselor kami berjaya mendapatkan pengurangan bayaran untuk tunggakan hutang beliau. Akhirnya Encik Ramon berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan sekaligus menjadi lebih berhemat dalam menguruskan kewangan beliau.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.