POWER! AKPK Infoline
1800-88-2575

Artikel Paparan

Semak penyata kad kredit

Artikel dari Sinar Harian, 12 Mei 2014 Menjelang akhir tahun, pengguna kad kredit digalakkan untuk menyemak secara terperinci penyata kad kredit bulan Disember. Anda dinasihatka...

Ubah cara berbelanja dan gaya hidup

Artikel dari Berita Harian, 7 April 2014 Untuk menghadapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, pengguna perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan....

Berhemat Apabila Menggunakan Kad Kredit

Artikel dari Berita Harian, 1 April 2012 Kad kredit digunakan secara meluas dalam kalangan pengguna pada masa ini. Malah, kebanyakan perniagaan dan institusi perbankan menggalak...

Urus langsai hutang

Artikel dari Harian Metro, 7 Mac 2014 >> Beban hutang mungkin akibat terlebih belanja, ditipu kawan, perbelanjaan pasangan Selesai sesi temuramah dengan Ketua Komunikas...

Waspada jerat kad kredit: Muhamad

Artikel dari Harian Metro, 7 Mac 2014 “Sesiapa yang berdepan masalah kewangan, eloklah merujuk kepada AKPK. Jangan sesekali meminjam dengan saudara dan rakan atau terpeday...

Kehidupan Selepas Bersara

Posted at Julai 14, 2011 in Kisah Adam
Hari untuk Adam dan Aida merealisasikan kehidupan yang diimpikan selama ini sudah tiba – mereka berdua akhirnya telah bersara! Namun begitu, berapa ramai antara kita mengalu-alukan detik persaraan? Sejak Adam dan Aida beralih ke tahun-tahun emas mereka, mari kita teliti bagaimana mereka mengurus kewangan mereka dan penyelesaian-penyelesaian yang boleh diguna pakai untuk mengatasi apa-apa kemusykilan demi menjamin gaya hidup persaraan yang lebih baik.

Haruskah saya bersara ataupun tidak...itu bukan lagi suatu pilihan! Bagi kebanyakan populasi yang bekerja, usia persaraan mandatori sudah ditetapkan, tidak kira sama ada anda sudah bersedia ataupun tidak. Tinjauan bebas yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa lebih sepertiga daripada rakyat yang sedang menghampiri fasa persaraan, mempunyai keyakinan diri yang kurang berbanding setahun yang lalu. Ini selaras dengan petikan Chris Farrel yang berbunyi "Paling menakutkan ialah apabila kita kehabisan wang. Itulah perasaan gerun yang dirasai setiap pesara.” – pengarang buku "Right on the Money: Taking Control of Your Personal Finances,"

Dengan menabung pada peringkat awal hidup dewasa anda, anda mungkin dapati anda mempunyai wang cukup untuk menikmati sebahagian daripadanya sebelum anda bersara. Bagi Adam, dia telah merancang dengan baik dan kini usahanya membuahkan hasil kerana tabiat menabung telah disemai dalam dirinya sejak zaman persekolahannya. Dia memberikan keutamaan kepada menabung 10% daripada gajinya setiap bulan dan tegas mematuhi beberapa daripada prinsip berikut:

  • Daftar untuk KWSP pada hari pertama anda bekerja dan mulakan akaun persaraan peribadi dengan menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda sebagai tambahan kepada KWSP
  • Tambahkan tabungan dana persaraan peribadi anda pada peratusan tertentu pendapatan tahunan anda dengan peningkatan usia
  • Peruntukkan sebahagian daripada jumlah kenaikan gaji atau bonus tahunan kepada tabung persaraan anda
  • Semak semula portfolio pelaburan persaraan anda setiap tahun untuk memastikan wang anda bertambah selaras dengan pelan persaraan anda

Meskipun Adam dan Aida mungkin mempunyai wang yang cukup untuk persaraan mereka, mereka memegang pada prinsip Berhemat - Belanjawan Persaraan mereka terus tertumpu pada pelaburan berhemat. Misalan, Adam masih memandu kereta buatan Jepunnya yang sudah 10 tahun lamanya sementara Aida pula masih menggunakan mesin jahit yang dimilikinya sejak 15 tahun dahulu. Dalam pada itu, mereka masih menggunakan televisyen modal lama mereka yang besar berbanding tv plasma terkini untuk menonton filem-filem kegemaran mereka.

Jadi, apa yang perlu kita buat sekiranya tahun-tahun emas kita tidak begitu membahagiakan? Bukan semua orang bertuah seperti Adam dan Aida yang mempunyai tabungan yang cukup bagi tahun-tahun persaraan mereka. Hasil beberapa tinjauan menunjukkan bahawa 50% orang bimbang mereka tidak mampu untuk bersara. Sikap pesimis mereka bukanlah tak berasas kerana laporan-laporan KWSP yang terdahulu mendapati dana persaraan ahli hanya dapat kekal secara purata selama tiga tahun.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk memperoleh seberapa banyak manfaat daripada dana persaraan anda.

Nilai-semula Sasaran

Ada kalanya, kita perlu bersikap realistik mengenai sasaran kita. Jika unjuran menunjukkan dana tidak cukup untuk menampung gaya hidup tertentu semasa persaraan, perubahan yang wajar perlu dibuat kepada pelan asal. Ini sebenarnya soal mengenai jangkaan dan berasa puas hati dengan apa yang kita miliki.

Mengecilkan saiz Rumah

Ada kalanya mengecilkan saiz rumah anda merupakan pilihan yang baik untuk menghasilkan wang tambahan untuk dana persaraan. Jika cuma anda dan pasangan anda tinggal di rumah tersebut, yang kini terlalu besar, anda boleh menjualnya dan menggantikannya dengan rumah lebih kecil. Wang lebihan yang diperoleh daripada jualan rumah lama, selepas membeli rumah yang lebih kecil, boleh ditambahkan kepada dana persaraan anda. Anda juga mungkin mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan kejiranan yang tidak begitu mahal atau ke kota/negeri lain untuk mendapatkan wang tambahan. Ini juga dapat mengurangkan perbelanjaan harian sekiranya anda berpindah ke tempat yang mempunyai kos saraan yang lebih rendah.

Libatkan Diri dalam Pekerjaan / Perniagaan Selepas Bersara

Di sini, anda sama ada mahu bekerja atau terpaksa bekerja! Ada kalanya kita tiada pilihan tetapi untuk terus bekerja. Dengan melibatkan diri dalam pekerjaan selepas bersara atau memulakan perniagaan sendiri, ini boleh membantu dalam dua cara. Pertama, anda mempunyai tempoh pengumpulan dana persaraan yang lebih panjang dan kedua, tahun-tahun persaraan disingkatkan. Namun begitu, anda masih terlalu muda untuk bersara pada umur 55 tahun!

Optimumkan Keistimewaan Warga Tua

Sebagai masyarakat yang prihatin, negara kita menawarkan warga tua banyak keistimewaan dan diskaun atas barangan dan perkhidmatan termasuk tambang penerbangan, tren dan LRT, wayang, penginapan hotel ke tawaran-tawaran hebat di pusat membeli-belah. Semakin banyak syarikat memberikan insentif untuk mengguna pakai segmen pasaran senior, sebagai suatu tanggungjawab sosial dan juga untuk memanfaatkan pasaran sasaran yang menguntungkan bagi perniagaan mereka.

Anda perlu berbelanja secara bijak, tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengurangkan nikmat-nikmat hidup dengan bersikap terlalu konservatif. Pada peringkat awal persaraan, anda perlu berhati-hati dan jalani gaya hidup yang seimbang.

Walaupun wang menjadi suatu keperluan dalam dunia hari ini, tapi wang bukanlah segala-segalanya!) Jangan jadikan wang sebagai matlamat asas hidup anda. Kesihatan, keluarga dan kesejahteraan rohaniah juga merupakan unsur-unsur penting yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih sempurna. Kita harus kerap menderma dan membuat sumbangan, dari segi masa dan wang, kepada mereka yang kurang bernasib baik. Amatlah penting untuk mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan kita agar kehidupan ini penuh bermakna. Pendek kata, bagaimanakah anda mahu dikenangi!