POWER! AKPK Infoline
1800-88-2575

Artikel Paparan

Bagaimana untuk jimat wang ketika bercuti?

Artikel dari Sinar Harian, 26 Mei 2014 Tibalah masa anda merancang untuk percutian keluarga. Selesa dengan percutian di rumah atau ingin ke destinasi menarik? Percutian di ru...

Semak penyata kad kredit

Artikel dari Sinar Harian, 12 Mei 2014 Menjelang akhir tahun, pengguna kad kredit digalakkan untuk menyemak secara terperinci penyata kad kredit bulan Disember. Anda dinasihatka...

Ubah cara berbelanja dan gaya hidup

Artikel dari Berita Harian, 7 April 2014 Untuk menghadapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, pengguna perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan....

Berhemat Apabila Menggunakan Kad Kredit

Artikel dari Berita Harian, 1 April 2012 Kad kredit digunakan secara meluas dalam kalangan pengguna pada masa ini. Malah, kebanyakan perniagaan dan institusi perbankan menggalak...

Urus langsai hutang

Artikel dari Harian Metro, 7 Mac 2014 >> Beban hutang mungkin akibat terlebih belanja, ditipu kawan, perbelanjaan pasangan Selesai sesi temuramah dengan Ketua Komunikas...

Celik kewangan elak beban hutang

Posted at Mac 13, 2013 in Golongan Dewasa Muda
Petikan artikel dari Harian Metro, 17 Februari 2013

Kurang mahir urus kewangan peribadi punca utama tanggung hutang keliling pinggang

Peritnya tiada wang mahupun hidup seadanya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, lebih perit lagi jika diikutkan rasa hati, kad kredit yang dimiliki dilerek bagi membeli barangan keperluan serta yang menjadi idaman.

Akhirnya, hutang keliling pinggang, lebih banyak telefon diterima daripada pemiutang berbanding kenalan, bil tertunggak dan fikiran berserabut asyik memikirkan cara melunaskan hutang.

Senario itu terbukti apabila seramai 207,997 pelanggan mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sejak ia ditubuhkan pada 2006 sehingga 31 Disember lalu. Daripada jumlah itu, 85,994 individu dibantu menerusi Program Pengurusan Kredit.

Kafe Ahad menemubual Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat AKPK, Azman Hasim untuk mengetahui lebih lanjut situasi dihadapi ramai penduduk negara ini yang terbelenggu dengan pengurusan kewangan dan beban kredit.

Apabila menyebut AKPK, ramai terbayang mengenai individu yang berdepan masalah membayar balik hutang atau pinjaman datang membuat rujukan dan mendapatkan khidmat nasihat bagi menyelesaikan masalah dihadapi. Boleh jelaskan peranan sebenar AKPK?
Perkhidmatan disediakan tidak terbatas kepada mereka yang mengalami masalah kewangan. Ia disediakan secara percuma dan sesiapa saja boleh mendapatkan khidmat kaunseling, sama ada mahu mendapatkan khidmat menguruskan wang, menghadapi masalah kewangan atau bercadang mendapatkan khidmat mengatasi masalah kewangan lebih besar.

Kami menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan nasihat meliputi kaunseling peribadi dan nasihat untuk mengurus kewangan dengan bijak – daripada bajet, pengurusan kewangan dan isu berkaitan kredit serta program pengurusan kredit yang mengawal semula kehidupan individu serta beban kredit dihadapi.

Kaunselor AKPK akan bekerjasama dengan individu terbabit bagi penyediaan pelan pembayaran semula pinjaman peribadi melalui rundingan dengan individu terbabit dan penyedia perkhidmatan kewangan.

Ada juga individu baru lepasan universiti berjumpa kaunselor di sini untuk mendapatkan khidmat nasihat AKPK kerana dia ingin membeli kereta dan pada masa sama mahu berkahwin dan membeli rumah.

Apakah tanda seseorang itu mungkin memerlukan bantuan AKPK?
Masalah kewangan tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan. Tanda seseorang itu perlu mendapatkan khidmat kami ialah apabila dia tidak mampu mengawal kewangannya, menanggung beban kredit yang semakin berat dan gagal diuruskan atau Cuma mampu membuat pembayaran minimum sebanyak lima peratus untuk bil kad kredit.

Janganl;ah berfikir panjang untuk mendapatkan bantuan AKPK jika seseorang itu terpaksa mengeluarkan wang tunai pendahuluan daripada akaun kad kredir untuk membiayai perbelanjaan atau tiada simpanan kecemasan peribadi atau keluarga, kerap dihubungi pemiutang atau menerima notis tuntutan guaman.

Apakah masalah yang menyebabkan mereka mendapatkan khidmat kaunseling dan pengurusan kredit daripada AKPK? Boleh berikan kategori masalah dihadapi?
Punca utama ialah kurang mahir menguruskan kewangan peribadi. Dalam kalangan mereka yang menghadapi masalah kewangan dan pengurusan kredit, sebanyak 25 peratus berpunca daripada kegagalan merancang kewangan dengan baik.

Misalnya individu berbelanja menggunakan kad kredit dan sehingga ke hujung bulan, hutang kad kredit masih tinggi. Mereka berbelanja mengikut kehendak dan dikategorikan lemah menguruskan kewangan.

Sebanyak 21 peratus kes akibat menampung kos perubatan sama ada untuk diri sendiri mahupun ahli keluarga, misalnya anak sulung menampung kos perubatan ibu atau bapa.

Sebanyak 16 peratus pula dalam kalangan individu yang cuba membabitkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan tetapi gagal.

Mereka sudah membuat pinjaman dan atas sebab tertentu, bisnes tidak berjaya. Selain itu, berbelanja menggunakan kad kredit di luar kemampuan turut menjadi punca beban kewangan dan kredit.

Program Pengurusan Kredit AKPK membantu peminjam memulakan bajet yang menjadi panduan dalam menunaikan pembayaran hutang dan perbelanjaan hidup, sekali gus mengurangkan masalah pinjaman tidak berbayar dan rumah dirampas.

Boleh berikan peratusan kadar individu terbelenggu hutang kad kredit yang mendapatkan khidmat AKPK?
Penggunaan kad kredit menyebabkan beban kewangan kepada 15 peratus individu berusia 30 tahun ke bawah. Jumlah peratusan bagi golongan muda adalah rendah berbanding individu berusia 30 hingga 40 tahun (42 peratus) kerana pada usia berkenaan, mereka ada tanggungjawab lebih besar kerana kebanyakan mereka berkeluarga, mempunyai anak yang membesar dengan perbelanjaan persekolahan dan harian semakin tinggi.

Jika individu dalam kategori usia ini gagal menguruskan kewangan, mereka berdepan risiko besar menanggung beban kewangan berbanding golongan muda. Beban hutang kad kredit juga membelenggu 42 peratus individu berusia 40 tahun ke atas.

Berapakah jumlah tertinggi hutang yang pernah AKPK uruskan dan berapa tahun individu terbabit perlu membayar jumlah hutang atau pinjaman?
Syarat kelayakan untuk mendapatkan khidmat struktur hutang daripada AKPK oleh individu berkenaan dengan bank di Malaysia di bawah kawalan Bank Negara ialah tidak melebihi RM2 juta.

Individu berdepan masalah membayar balik hutang akan menyertai program pengurusan kredit dengan persetujuan bank dan bergantung kepada kes individu terbabit, cadangan akan diberi oleh AKPK yang memberi keadilan kedua-dua pihak iaitu individu terbabit dan pihak bank.

Tempoh persetujuan dengan bank bagi pembayaran balik ialah sehingga 10 tahun.

Apakah usaha AKPK bagi mendidik orang ramai supaya bijak menguruskan kewangan?
Menguruskan wang dengan bijak adalah kemahiran penting supaya seseorang itu boleh berbelanja mengikut kemampuan. Seseorang itu perlu mengawal perbelanjaan walaupun tiada masalah kewangan. Ini kerana, cara anda berbelanja hari ini akan memberi kesan kepada kehidupan anda pada masa depan.

Menabung penting kerana kita tidak tahu kemungkinan yang berlaku, misalnya akan berdepan masalah kewangan kerana kejadian di luar kawalan seperti masalah kesihatan, kehilangan pendapatan atau kecemasan keluarga.

Kebanyakan individu belajar sendiri cara menguruskan kewangan atau daripada orang lain. Mereka tidak diberikan pendidikan secara khusus cara menguruskan kewangan peribadi. Dari situ, peranan yang boleh dimainkan oleh AKPK ialah membantu golongan muda bagi menjadikan mereka individu celik kewangan.

Untuk itu, AKPK terbabit dengan banyak program ceramah pendidikan kewangan kepada golongan muda melalui kem, sesi dengan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) juga peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mereka golongan yang dua atau tiga tahun lagi akan bekerja dan menguruskan kewangan sendiri. Selain itu, kita adakan ceramah di institusi kerajaan dan swasta, dengan golongan wanita dan belia.

Antara kempen atau langkah bagi menjayakan program terbabit?
AKPK menerbitkan modul pengurusan kewangan peribadi menerusi tiga penerbitan. Satu daripadanya ialah POWER iaitu Pengurusan Wang Ringgit Anda menyasar individu berusia 18 hingga 30 tahun.

Perkara asas yang seseorang harus tahu ialah cara membuat bajet, mengamalkan tabiat menabung, bagaimana mengetahui kadar nisbah hutang serta pengenalan cara menggunakan kad kredit secara bijak.