TOLL FREE NUMBER
1800-88-2575

Pendidikan Kewangan di Tempat Kerja

Pendidikan Kewangan di Tempat Kerja membantu para pekerja mengurus segala aspek kewangan mereka, dari penyediaan bajet dan pengurusan kredit kepada simpanan untuk persaraan.

Didapati bahawa pekerja yang bergenggamkan pengetahuan kewangan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan kewangan mereka dan lebih proaktif serta yakin apabila membuat keputusan kewangan. Mereka juga kurang mengalami tekanan di rumah dan tempat kerja serta merupakan pekerja yang lebih produktif.

Realisasikan perubahan di dalam kehidupan para pekerja dan rakan sejawat anda; sertailah program pendidikan kewangan di tempat kerja anda dengan bantuan kami.

Kami sediakan:

  • Taklimat, ceramah, “workshop”, seminar, klinik pengurusan kewangan, kredit dan pelan kewangan, dan sebagainya
  • Latihan korporat
  • Siri pengurusan kewangan yang berkonsepkan sesi pembelajaran bersama makan tengah hari
  • Tip kewangan dan “newsletter”
“Sememangnya tiada persoalan bahawa pendidikan kewangan di tempat kerja sangat bermanfaat. Cuma satu persoalannya, iaitu sama ada anda akan mempraktikkannya hari ini atau esok. Sekiranya anda sering mengatakan bahawa anda akan melakukannya keesokan hari, anda tidak akan melakukannya. Anda mesti berusaha hari ini juga.” ~ Warren Buffett

Berminat untuk AKPK menyediakan kursus kewangan di tempat kerja anda? Klik di sini untuk menghubungi kami.