TOLL FREE NUMBER
1800-88-2575

Pendidikan Kewangan

Pendidikan kredit dan kewangan merupakan jawapan bagi kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi di masa kini. Dengan itu, adalah menjadi matlamat AKPK untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan yang dirangka khas untuk membantu para individu supaya mereka dapat mengawal kedudukan kewangan mereka lalu mendapatkan ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

Kami juga menyediakan bahan-bahan pendidikan kewangan tentang penggunaan kredit yang wajar dan pengurusan wang asas selain tip-tip berkaitan penggunaan kredit secara lebih bertanggungjawab.

  • Program-program Pendidikan Kewangan kami adalah disasarkan kepada para individu mahupun kumpulan* melalui pelbagai aktiviti, seperti: sesi-sesi taklimat dan ucapan kepada:
    • agensi-agensi kerajaan
    • perbadanan/badan-badan korporat
    • kolej dan universiti
  • pameran dan pameran bergerak
  • bengkel dan seminar

*Bayaran fi minima dikenakan - untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

“Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup” adalah misi AKPK. Matlamat kami ialah memastikan dengan proaktif bahawa warga Malaysia terus berdaya tahan dan berhemah dalam menguruskan kewangan mereka.

Anda boleh mendapat pengetahuan lanjut tentang cara-cara menguruskan kewangan anda dengan mudah sekali daripada sumber-sumber atas talian (online) kami.

Cubalah Uji Diri kami untuk mengetahui tahap kesihatan kewangan anda.

Layari Kalkulator Kewangan kami untuk mengetahui nilai bersih anda, ataupun untuk mengetahui berapa banyak anda akan perlu membayar setiap bulan untuk kereta atau rumah impian anda.

Ikutilah teladan orang lain yang berjaya mengawal hutang mereka dengan membaca Kisah Kejayaan dari AKPK.

Layari dan perhatikan pelbagai tip serta nasihat dalam Artikel & Tip kami.

Oleh yang demikian, ambillah langkah untuk menguruskan kewangan anda menurut kesenangan, kemudahan serta cara anda sendiri dengan sedikit bantuan daripada kami.

Jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan.