TOLL FREE NUMBER
1800-88-2575

Program Berlandaskan Komuniti

Program berlandaskan komuniti membuka jalan kepada rakyat yang “bukan di dalam sektor pendidikan, pekerjaan atau latihan”. Di Malaysia, AKPK berganding bahu dengan pelbagai organisasi dan persatuan yang tertumpu kepada komuniti. Usaha ini bertujuan menarik minat terhadap program dan pendidikan kewangan yang direkabentuk khas untuk manfaat masyarakat.

AKPK juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mengimplementasikan pelbagai program kesedaran kewangan. Antara program yang dipersetujui ialah: (1) mengimplementasikan modul Pengurusan Kewangan Peribadi (PFM) ke dalam kursus pra-perkahwinan, dan (2) mengadakan ceramah sebelum sembahyang Jumaat yang menyentuh pelbagai topik tentang PFM dan kaitannya dengan ajaran Islam.

Kami juga memberi latihan, pendidikan, perkhidmatan bantuan dan aktiviti kesedaran kewangan kepada pusat-pusat agama dan komuniti, persatuan pengguna dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sekiranya persatuan anda berminat untuk mengadakan program kewangan AKPK, klik di sini untuk menghubungi kami.