TOLL FREE NUMBER
1800-88-2575

UNIVERSITI

Pengendorsan daripada Kementerian Pengajian Tinggi

Dalam usaha membantu golongan dewasa muda memahami tentang kewangan, AKPK telah bertemu dengan Y Bhg Dato’ Mustapa Mohamed pada Mac 2007, Menteri Pengajian Tinggi pada masa itu. AKPK telah diberi mandat untuk menghasilkan modul Pengurusan Kewangan Peribadi (Personal Financial Management atau PFM). Pihak AKPK kemudiannya telah mengemukakan modul PFM tersebut kepada para timbalan canselor institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Pada hujung 2008, 11 buah IPTA telah setuju untuk mengimplementasikan modul tersebut.

Mengapakah modul Pengurusan Kewangan Peribadi (PFM) diperlukan?

Kebanyakan graduan mempunyai impian untuk mencapai kebebasan kewangan tanpa menyedari komitmen kewangan yang terikat pada kerjaya mereka. Masalah ini bertambah apabila mereka mencecah umur 30an dan selepasnya – seperti yang dinampakkan oleh ramai orang yang datang ke AKPK untuk meminta bantuan.

Bagi meluaskan usaha AKPK untuk mencipta dan memupuk kesedaran di kalangan belia, kami telah menstruktur suatu program latihan untuk para pelatih yang bakal mendidik mahasiswa-mahasiswi menggunakan modul PFM.

Mengembangkan kandungan PFM

  • Modul PFM dicipta berdasarkan kes-kes sebenar
  • Ditulis dalam bentuk mudah, sebenar dan praktikal, modul ini akan membantu para peserta lebih memahami situasi kewangan masing-masing
  • PFM kini sedia untuk diterapkan sebagai modul pembelajaran di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia

Melengkapkan para pelatih

AKPK berharap setiap rakyat Malaysia dapat menguasai pengetahuan dan skil kewangan, lalu menterjemahkannya kepada tabiat yang menuju kepada situasi kewangan yang lebih baik untuk diri mereka. Ini selari dengan visi kami, iaitu “Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup”.

Bagi membantu mencapai visi tersebut, kami telah mereka bentuk suatu program untuk para pelatih yang dikenali sebagai ToT (Training-of-Trainer) untuk melengkapkan para pelatih dari institusi pengajian tinggi, organisasi, dsb supaya mereka berkebolehan menyampaikan kandungan buku terbitan kami, iaitu Celik Wang – Pengurusan Wang Secara Bijak.

Pencapaian PFM sehingga kini

  1. Telah bekerjasama dengan universiti/kolej untuk penerapan PFM sebagai suatu kursus untuk para penuntut. Setakat tahun 2010, 32 buah universiti/kolej telah menerapkan modul PFM.
  2. Sama pentingnya ialah program pelatih. AKPK telah berganding bahu dengan universiti-universiti untuk memberi sumber dan latihan kepada fasilitator supaya modul PFM dapat disampaikan kepada para pelajar dengan efektif. Sehingga kini, kami telah melatih lebih daripada 600 fasilitator. Mereka telah pun mendidik lebih 100,000 para penuntut.
  3. AKPK telah menyertai pelbagai acara yang terdiri daripada ekspo kerjaya, taklimat dan ceramah untuk universiti di seluruh negara, demi mencapai beribu-ribu pelajar dan pendidik.
  4. Kerjasama antara AKPK dan Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) membolehkan program PFM disampaikan kepada para pelajar dalam lingkungan 17 hingga 25 tahun (lebih kurang 140,000 pelajar setiap tahun) yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara.
  5. Pada tahun 2009, AKPK telah melancarkan buku Celik Wang (Money Sense dalam versi Bahasa Inggeris) dan Money Sense edisi kedua. Pada tahun yang sama, kami juga telah melancarkan versi Braille.
  6. November 2010 – Program PFM AKPK berjaya mendapat perakuan daripada MQA yang membolehkan PFM menjadi kursus elektif atau sebahagian daripada ko-kurikulum yang bernilai 1 jam kredit di institusi-institusi pengajian tinggi.
  7. Setakat tahun 2011, 12 buah institusi pengajian tinggi dan 27 buah politeknik telah menerapkan modul PFM AKPK.

Capaian program

Setakat kini, institusi pengajian tinggi am dan swasta di bawah telah menerapkan modul PFM ke dalam ko-kurikulum masing-masing.

Sila klik senarai di bawah untuk nama-nama IPT yang terlibat

Tahun 2008 – 11 IPTA

  1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  2. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  3. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  5. UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDIM)
  6. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  7. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  8. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  9. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  10. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  11. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)

2009 – 1 IPTA & 9 IPTS

  1. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
  2. UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL)
  3. UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNITAR)
  4. KUALA LUMPUR INFRASTRUCTURE UNIVERSITY COLLEGE (KLIUC)
  5. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
  6. KOLEJ DAMANSARA UTAMA (KDU)
  7. MAHSA UNIVERSITY COLLEGE (MAHSA)
  8. TAYLOR’S UNIVERSITY COLLEGE
  9. SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE
  10. ASIA PACIFIC UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY & INNOVATION (UCTI)

2010 – 4 IPTA & 7 IPTS

  1. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)
  2. AVIATION MANAGEMENT COLLEGE
  3. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  6. KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI
  7. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
  8. INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY (INTI)
  9. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  10. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
  11. INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY (IMU)

2011 - 12 IPTS

  1. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM)
  2. LIMKOKWING UNIVERSITY OF CREATIVE TECHNOLOGY (LUCT)
  3. SEGI UNIVERSITY COLLEGE
  4. MASTERSKILL UNIVERSITY COLLEGE OF HEALTH SCIENCES
  5. UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
  6. WAWASAN OPEN UNIVERSITY
  7. STAMFORD COLLEGE
  8. MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)
  9. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)
  10. BERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF HOSPITALITY
  11. TAJ INTERNATIONAL COLLEGE
  12. KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM)

Politeknik

  1. POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA (PMM)
  2. POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
  3. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
  4. POLITEKNIK JOHOR BAHRU (PJB)
  5. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
  6. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
  7. POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK (PKS)
  8. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
  9. POLITEKNIK BANTING SELANGOR (PBS)
  10. POLITEKNIK JELI KELANTAN (PJK)
  11. POLITEKNIK KOTA MELAKA (PKM)
  12. POLITEKNIK KOTA, KUALA TERENGGANU (PKKT)
  13. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
  14. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
  15. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)
  16. POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN (PNS)
  17. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
  18. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
  19. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
  20. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
  21. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
  22. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
  23. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
  24. POLITEKNIK TUNKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
  25. POLITEKNIK SANDAKAN SABAH (PSS)
  26. POLITEKNIK MERSING JOHOR (PMJ)
  27. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)

Program Melatih Pelatih (Training-of-Trainer – ToT)

Setiap universiti dan kolej yang telah menerapkan modul PFM digalakkan menghadiri program melatih pelatih (ToT) melalui “workshop” yang dikendali oleh AKPK. “Workshop” ToT ialah sesi setengah hari yang memberikan pengalaman praktikal dalam pemberian latihan, bimbingan khusus, penilaian dan pertukaran maklumbalas melalui penggunaan pembentangan, penerangan dan latihan.

Semasa kursus dijalankan, para peserta akan diberi:

  • suatu gambaran keseluruhan modul kurikulum
  • bimbingan dalam pengajaran pendidikan kewangan dalam situasi kelas
  • peluang untuk sesi soal jawab dan untuk para peserta berkongsi pengetahuan berserta teknik antara satu sama lain

Kami mengajar kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan

  • Bayarlah diri anda dahulu
  • Awal menabung, kerap menyimpan, bijak melabur
  • Jangan simpan semua ‘telur kewangan’ anda di dalam satu bakul sahaja
  • Melabur menggunakan minda, bukan sesuka hati
  • Wang adalah alat untuk mencapai impian anda
  • Orang bukan merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang

Program Melatih Pelatih (Training-of-Trainer – ToT) akan diberi mengikut permintaan. Sekiranya anda berminat menyertai memerlukan maklumat lanjut, sila emel vijaya@akpk.org.my

“Workshop” ToT akan dikendalikan dengan minimum 15 orang bakal pelatih sekumpulan.