Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda. Menerusi program pengurusan kredit, para kaunselor kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia* perkhidmatan kewangan anda.
AKPK tidak menyediakan pinjaman atau pembiayaan kewangan.
Program pengurusan kredit ini disediakan untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus bebanan kredit dengan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, sekiranya:
- anda mempunyai sumber pendapatan yang positif
- jumlah pinjaman anda tidak melebihi RM2 juta
- anda tidak berada di bawah tindakan undang-undang yang telah lanjut
- anda tidak diisytiharkan sebagai “muflis”
* Penyedia perkhidmatan kewangan terdiri daripada:
- semua bank perdagangan
- semua bank Islam
- semua syarikat insurans
- semua pengendali takaful
- institusi kewangan pembangunan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)
- pengeluar kad kredit/caj (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)
Jangan berlengah-lengah lagi. Bertindaklah sekarang. Datang berbicara dengan kami.
Hubungi talian bebas tol AKPK: 1-800-88-2575 atau mana-mana pejabat AKPK berdekatan anda untuk temu janji.
Jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan.