AKPK anjur taklimat Perkiraan Sukarela

Categories

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menganjurkan taklimat perkiraan sukarela (VA) bagi menerangkan dengan lebih terperinci mengenai mekanisma VA susulan pindaan Akta Insolvensi 1967 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata, AKPK berperanan sebagai penama dalam usaha membantu menyelamatkan individu daripada diisytiharkan muflis menerusi VA.

Katanya, VA adalah mekanisma penyelamat di mana memberi peluang kepada penghutang untuk berunding dan merancang satu pelan pembayaran semula dengan kesemua penyedia kredit bagi mengelakkan tindakan lanjutan undang-undang kebankrapan.

“Taklimat pada hari ini juga diharap mampu memberi penjelasan kepada penyedia kredit berkenaan lapan perubahan Dasar Rang Undang-undang (RUU) Kebankrapan (Pindaan) 2016.

“Kami amat berbesar hati dengan menawarkan khidmat sebagai penama melalui VA dan berharap dapat membantu orang ramai terutama individu yang berpotensi bankrap menerusi kerjasama dengan rakan strategik AKPK,” katanya dalam majlis taklimat pengiraan sukarela (VA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE