28,000 mendaftar dengan AKPK

Categories

Categories: 

KOTA BHARU 4 April - Sebanyak 28,000 orang te­lah mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan kaun­­­seling kewangan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,000 telah memohon untuk mengikuti Program Pengurusan Kredit (DMP).

Beliau berkata, DMP akan membantu individu untuk me­nguruskan hutang mereka de­ngan lebih baik termasuk khidmat kaunseling dan sebagainya.

“Kebanyakan yang men­da­patkan perkhidmatan de­ngan AKPK adalah, mereka yang berumur 30 hingga 50 tahun dan 46 peratus mempunyai masalah kegagalan menguruskan kewangan,” kata­nya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Celik Pitih 2018 anjuran bersama Jabatan Kesihatan di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah AKPK negeri, Mohd. Rizauddin Noor dan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan negeri, Ghazali Hizam, bagi mewakili Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher.

Program anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kesihatan negeri dengan kerjasama AKPK itu dihadiri 500 kakitangan kesihatan negeri.

Azaddin berkata, pendidikan ke­­­wangan sangat penting supaya masyarakat mempunyai penge­tahuan dan celik kewangan yang secara tidak langsung dapat membantu mereka merancang dengan lebih baik disebabkan sumber yang terhad.

“Kita banyak mendengar ta­wa­ran yang diberikan pelbagai pihak, namun saya nasihatkan orang ramai supaya me­rujuk kepada AKPK kerana pada akhirnya mereka akan datang kepada kami untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan tidak ada sebarang kos yang dikenakan.

“Usaha menyedarkan ma­sya­rakat mengenai perlunya me­ngurus kewangan secara berhemat tidak mudah dan golongan muda dilihat ghairah berbelanja bukan sahaja secara tunai, malah secara kredit,” ujarnya.