News - Posted at

Oct 18,2016

AKPK sasar selesai 12,000 kes hutang menjelang akhir tahun ini

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyasarkan untuk menyelesaikan 12,000 kes hutang menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azaddin Ngah Tasir berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan kira-kira 200 kes pembayaran hutang setiap bulan.

"Kita yakin dapat mencapai angka ini selepas melihat komitmen individu untuk membayar hutang meningkat sebanyak 25 peratus setiap tahun.

"Sehingga Jun tahun ini, sudah ada 10,705 kes selesai membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM434.7 juta," katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran 'Cent-sible Choice' di Hotel Mandarin Oriental di sini sebentar tadi.

Majlis tersebut merupakan inisiatif AKPK dan Visa Malaysia (Visa) untuk menyediakan generasi muda kepada pilihan kewangan yang bijak. - K! ONLINE