AKPK Nasihat Pasangan Timbang Gabungkan Matlamat Perbelanjaan & Persaraan

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menasihatkan pasangan yang sudah berkahwin menimbang untuk menggabungkan perbelanjaan dan mempunyai matlamat persaraan bersama bagi mengelak perbelanjaan berlebihan ke atas aset mereka.

Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan AKPK Nor Akmar Yaakub berkata saranan itu bertujuan memastikan pasangan tidak terperangkap sekiranya sesuatu berlaku ke atas salah seorang daripada mereka.

"Memandangkan mereka telah berkahwin, mereka perlu mempunyai matlamat yang sama ke atas pendapatan, perbelanjaan, simpanan serta persaraan," katanya dan menambah mereka perlu merancang semua ini bersama-sama supaya memiliki simpanan yang lebih baik apabila mencapai umur bersara.