Hampir 10,000 langsai hutang

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya membantu 9,672 daripada 20,599 peserta melunaskan hutang selepas menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) bagi tempoh Januari hingga 31 Oktober tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 98,466 peminjam mendapatkan khidmat nasihat agensi itu.

Katanya, peminjam yang diuruskan AKPK ialah 70 peratus mereka yang terlibat dengan pinjaman kad kredit, 24 peratus pinjaman peri­badi dan 0.22 peratus adalah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

“Lebih 90,000 lagi masih aktif dan memenuhi komitmen mereka untuk membayar balik dan menyelesaikan hutang ke­rana mereka dalam tempoh 10 tahun.

“Sejak penubuhan AKPK oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2006, banyak pencapaian telah diperoleh dan sehingga kini seramai 429,000 peminjam telah dibantu dan daripada jumlah itu, 164,000 adalah mereka yang menyertai PPK,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Hakcipta terpelihara