Lebih 492,000 Peminjam Diberi Khidmat Nasihat dan Kauseling Oleh AKPK

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, AKPK telah memberi khidmat nasihat dan kaunseling kewangan kepada lebih 492,000 peminjam sehingga Oktober 2016.

Daripada angka itu, lebih 164,000 peminjam menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK), perkhidmatan yang ditawarkan AKPK bagi membantu peminjam memperbaiki tahap kewangan.

11,672 kes berjaya diselesaikan daripada program PPK dengan jumlah keseluruhan bernilai 476.6 juta ringgit setakat 31 oktober lalu.

Dari segi peringkat umur, 15 peratus peserta PPK adalah di bawah 30 tahun dan 39 peratus antara 31 hingga 40 tahun. 

Beliau ditemui pada sidang media sempena Perjumpaan Para Intelektual dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi 2016.