Hubungi kami di:
 
      
 

Pendidikan Kewangan Kaunseling Kewangan Pengurusan Kredit
 
 

Pendidikan kredit dan kewangan merupakan jawapan bagi kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi di masa kini. Dengan itu, adalah menjadi matlamat AKPK untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan yang dirangkakan untuk membantu para individu supaya mereka dapat mengawal kedudukan kewangan mereka di kala mendapat ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

Kami juga menyediakan bahan-bahan pendidikan kewangan mengenai penggunaan kredit yang wajar dan pengurusan wang asas selain tip-tip mengenai cara penggunaan kredit secara lebih bertanggungjawab.

Program-program Pendidikan Kewangan kami adalah disasarkan kepada para individu mahupun kumpulan* melalui pelbagai aktiviti, seperti:

Sesi-sesi taklimat dan ucapan kepada:
 
  • Agensi-agensi Kerajaan
  • Perbadanan / Badan-badan Korporat
  • Kolej dan Universiti
Pameran dan pameran bergerak

Bengkel dan Seminar

*Bayaran fi minima dikenakan - untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

Misi AKPK adalah untuk “Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup”. Adalah menjadi matlamat kami untuk memastikan secara proaktifnya bahawa warga Malaysia terus berdaya tahan dan berhemah dalam menguruskan kewangan mereka.

Anda boleh mendapat pengetahuan lanjut tentang cara-cara menguruskan kewangan anda dengan begitu mudah sekali daripada sumber-sumber atas talian (online) kami.

Cubalah Uji Diri kami untuk mengetahui tahap kesihatan kewangan anda.

Layari Kalkulator Kewangan kami untuk mengetahui nilai bersih anda, ataupun untuk mengetahui berapa banyak anda akan perlu membayar setiap bulan untuk kereta atau rumah impian anda.

Ikutilah teladan orang lain yang berjaya mengawal hutang mereka dengan membaca Kisah Kejayaan dari AKPK.

Layari dan perhatikan pelbagai tip serta nasihat dalam Artikel & Tip kami

Oleh yang demikian, ambillah langkah untuk menguruskan kewangan anda menurut kesenangan, kemudahan serta cara anda sendiri dengan sedikit bantuan daripada kami.

 

 

Dan jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan.
 
Send To Friend Print  
Designed by Integricity
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)   Dasar Privasi    Login