| | |
|
Kebolehan mengurus wang anda dengan bijak merupakan satu kemahiran yang penting supaya anda boleh berbelanja mengikut kemampuan anda dan mencapai matlamat kewangan anda. Anda perlu mengawal kewangan anda meskipun anda tidak mempunyai masalah kewangan. Cara anda menggunakan wang anda pada hari ini akan memberi kesan terhadap cara anda hidup pada masa akan datang. Tambahan lagi, terdapat kemungkinan bagi anda untuk menghadapi masalah kewangan akibat peristiwa di luar kawalan anda seperti penyakit, kehilangan sumber pendapatan dan kecemasan keluarga.
|
|
Di AKPK, kami memberi kaunseling dan nasihat secara bersemuka mengenai pengurusan kewangan anda secara bijak – yang merangkumi penyediaan belanjawan, pengurusan wang serta isu-isu berkenaan kredit. Pelajarilah cara-cara menangani hutang secara lebih bertanggungjawab serta hal-hal kewangan yang lain demi kemudahan masa depan anda.
|
| Perkhidmatan ini adalah disediakan secara percuma untuk semua individu. |
|
Untuk maklumat lanjut mengenai kaunseling kewangan, sila hubungi kami di talian bebas tol kami ataupun kunjungi mana-mana pejabat AKPK yang terdekat untuk membuat temujanji.
|
|
Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapat bantuan dalam menguruskan kewangan anda dengan begitu mudah sekali daripada sumber-sumber online kami.
|
|
Cubalah Uji Diri kami untuk mengetahui tahap kesihatan kewangan anda.
|
|
Layari Kalkulator Kewangan kami untuk mengetahui nilai bersih anda, ataupun untuk mengetahui berapa banyak anda akan perlu membayar setiap bulan untuk kereta atau rumah impian anda.
|
|
Ikutilah teladan orang lain yang berjaya mengawal hutang mereka dengan membaca Kisah Kejayaan dari AKPK.
|
|
Layari dan perhatikan pelbagai tip serta nasihat dalam Artikel & Tip kami
|
|
Oleh yang demikian, ambillah langkah untuk menguruskan kewangan anda menurut kesenangan, kemudahan serta cara anda sendiri dengan sedikit bantuan daripada kami.
|
|
|
 |
| Dan jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan. |
 |
|
|
|
|
|
| |
| |
|