Laman Utama

  1. Apakah itu Pinjaman Sewa Beli?
    Pinjaman Sewa Beli adalah penyewaan barangan dengan pilihan untuk membelinya pada akhir tempoh pinjaman.
    Pinjaman ini kebiasaannya diguna pakai dalam pembiayaan kereta dimana pembeli perlu membuat bayaran ansuran seperti yang dipersetujui dibawah perjanjian sewa beli. Kereta tersebut akan menjadi hak milik pembeli setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.

  2. Bagaimana caranya untuk mengira bayaran ansuran bulanan pinjaman sewa beli?
    Rajah dibawah menunjukkan cara pengiraan bayaran ansuran bulanan pinjaman sewa beli:

    Harga Kereta RM50,000
    Bayaran Pendahuluan @ 10% RM5,000
    Jumlah Pinjaman RM45,000
    Kadar Faedah 5% setahun
    Tempoh Pinjaman 5 years (60 bulan)
    Jumlah faedah yang dikenakan
    = Jumlah Pinjaman x Kadar x Tahun
    =RM45,000 x 5% x 5
    = RM11,250
    Jumlah Pinjaman + Faedah
    = RM45,000 + RM 11,250
    = RM56,250
    Jumlah Ansuran Bulanan
    = RM56,250 / 60 bulan
    = RM938
  3. Apakah perbelanjaan (kos-kos) berkaitan pembelian kereta?
    Terdapat beberapa perbelanjaan (kos) tambahan yang perlu di ambil perhatian oleh pembeli sekiranya ingin membeli sebuah kenderaan, seperti berikut:

    Kos Tetap Kos Boleh Ubah
    Bayaran Ansuran Minyak
    Insurans Servis dan penyelenggaran
    Cukai Jalan Parkir/Tol


  4. Apakah yang perlu dilakukan sebelum membeli kereta?
    • Buat tinjauan untuk mendapatkan kereta yang dipercayai prestasinya
    • Jika membeli kereta terpakai dapatkan nasihat mekanik untuk memeriksa kereta tersebut
    • Pertimbangkan bayaran ansuran dan kos-kos lain seperti tol, minyak, bayaran tempat letak kereta, cukai jalan, servis berkala dan perbelanjaan luar jangkaan (rosak).
    • Sediakan deposit untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang lebih rendah
    • Jangan menggunakan kad kredit untuk membuat bayaran deposit
    • Cuba bayar tunai untuk petrol, cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan kenderaan
    • Jangan mengubahsuai system bunyi, menukar tayar yang mahal dan memasang aksesori tambahan.

  5. Bagaimanakah cara untuk membuat penyelesaian awal hutang kereta?
    Peminjam boleh mendapatkan rebat jika membuat penyelesaian awal. Penalti mungkin akan dikenakan sekiranya penyelesaian dilakukan sebelum tempoh matang.
    Jika anda memutuskan untuk menjual kereta semasa tempoh pinjaman:
    • Semak baki pinjaman
    • Semak nilai pasaran kereta
    • Jelaskan baki pinjaman, sebelum pemindahan hak milik kereta.

  6. Apakah yang berlaku sekiranya pembeli gagal melunaskan bayaran ansuran pinjaman?
    Pihak institusi kewangan berhak untuk mengambil tindakan sekiranya peminjam gagal membuat bayaran balik ansuran, seperti berikut:
    1. Menarik balik kenderaan
      • Sekiranya penyewa gagal membayar dua ansuran berturut-turut
      • Jika penyewa telah membayar balik melebihi 75% daripada jumlah pinjaman, pihak bank hanya boleh menarik balik kereta dengan perintah mahkamah.
      • Sekiranya penyewa meninggal dunia dan ansuran tidak berbayar empat bulan berturut-turut
    2. Mengambil tindakan undang – undang / kebankrapan.

  7. Bagaimana proses penarikan kenderaan dilakukan?
    1. Notis sebelum penarikan kenderaan
      • Notis akan diserahkan secara peribadi melalui pos berdaftar mengikut alamat terakhir yang diketahui.
      • Notis ini dikeluarkan 21 hari sebelum kereta ditarik
      • Dalam tempoh 21 hari tersebut anda boleh menyelesaikan ansuran tertunggak atau memulangkan kenderaan sebelum penarikan kenderaan untuk meggelakkan caj penarikan balik dan penyimpanan.
    2. Penarikan balik kenderaan anda
      • Selepas tamat tempoh notis , bank berhak menarik kenderaan jika bayaran tidak dijelaskan.
      • Penarikan kenderaan dilakukan oleh penarik kereta berdaftar (AHPCM)
      • Penarik kereta tidak dibenarkan menggunakan kekasaran ketika menarik kereta dan mereka akan membuat laporan polis tentang penarikan tersebut
    3. Notis selepas kereta ditarik balik
      • Terdapat pilihan yang perlu dilakukan sebelum tamat tempoh 21 hari
      • Menyelesaikan ansuran yang tertunggak dan kos-kos perbelanjaan
      • Menyelesaikan baki pinjaman dan perbelanjaan yang berkaitan dengan sepenuhnya
      • Memperkenalkan seorang pembeliuntuk membeli kenderaan pada harga yang ditetapkan
    4. Notis menjual kenderaan
      • Sekiranya jumlah tunggakan tidak dijelaskan dalam tempoh 21 hari, pihak bank berhak melalui lelongan
      • Atau bank memberi notis 14 hari sebelum tarikh lelongan
    5. Menjual kenderaan
      • Selepas notis 14 hari, kenderaan akan dilelong
      • Harga lelongan akan menjadi lebih rendah kerana harga lelongan berasaskan nilai jualan paksa
      • Pemiutang akan menuntut pembayaran baki pinjaman untuk menyelesaikan jumlah baki pinjaman

Carian

Tinjauan

Apakah pinjaman yang menyukarkan anda untuk membuat pembayaran balik?
  1. Kad kredit
  2. Pinjaman peribadi / Pembiayaan
  3. Sewa beli / Pembiayaan kenderaan
  4. Pinjaman perumahan / Pembiayaan
  5. Semua di atas

Tahap kepuasan anda terhadap FAQ kami

0