Laman Utama  >>  Individu  >>  Program Pengurusan Kredit  >>  Servis PPK
Program Pengurusan Kredit
Pelanggan Baru
Pertanyaan Am
Cara Mengikuti PPK
Pelanggan AKPK
Servis PPK
Moratorium Covid-19

Apakah yang perlu saya lakukan untuk membuat pelarasan (Pengurangan/penambahan) bayaran bulanan.

  1. Sila layari https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin
  2. Log masuk menggunakan ID anda.
  3. Tekan bahagian "Book Appointment" dan sila buat temujanji.
  4. Datang pada tarikh temujanji dan sila bawa surat rayuan berkenaan pernohonan anda, surat sokongan permohonan anda.
  1. Bagaimanakah program PPK boleh terbatal?
    PPK akan ditamatkan apabila pelanggan gagal membayar ansuran bulanan. Akibat daripada kegagalan ini, AKPK akan menamatkan program secara automatik. Individu hanya diberi peluang sekali sahaja untuk mendaftar di dalam PPK. Oleh itu, pelanggan seharusnya memantua dan mengekalkan pembayaran PPK untuk mengelakkan penamatan.

  2. Apakah kesan daripada penamatan program PPK?
    a) Segala penangguhan tindakan undang-undang akan terbatal dan pihak bank akan memulakan semula prosiding undang-undang
    b) Berpotensi mendapat gangguan daripada pemungut hutang
    c) Jumlah bayaran ansuran akan mengikuti jumlah bayaran asal

  3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya menghadapi masalah untuk membayar ansuran bulanan dan tidak mahu program PPK ditamatkan?
    Pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran PPK dikehendaki menghubungi AKPK untuk berbincang dan mencari penyelesaian yang sesuai bagi isu tersebut.

  4. Bolehkah saya mengaktifkan semula PPK selepas ditamatkan daripada program?
    AKPK boleh membenarkan pengaktifan semula DMP melalui penyelesaian semua jumlah tunggakan tertakluk kepada penilaian yang ketat dan disertakan dengan sebab-sebab yang munasabah. Untuk memulakan proses itu, pelanggan perlu membuat rayuan untuk kemasukan semula. Setelah diluluskan pembayaran untuk menyelesaikan jumlah tunggakan diperlukan sebelum PPK di aktifkan.
    Berikut adalah cara untuk membuat permohonan di atas talian:
    1. Sila layari https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin
    2. Log masuk menggunakan ID anda.
    3. Tekan DMP SERVICES, pilih REINSTATEMENT
    4. Sediakan surat rayuan dan surat sokongan dalam bentuk bentuk PDF.
    5. Lampirkan surat berkenaan dan SUBMIT.
    6. Anda boleh menyemak semula status rayuan anda selepas 3 - 14 hari.


  5. Saya tidak mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan yang tertunggak, Adakah saya masih layak untuk mengikuti PPK?
    AKPK boleh membenarkan pengaktifan semula PPK melalui permohonan baru selepas 1 tahun dari tempoh penamatan program tertakluk kepada penilaian yang ketat dan disertakan dengan sebab-sebab yang munasabah.
    Berikut adalah cara untuk membuat permohonan di atas talian:
    1. Sila layari https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin
    2. Log masuk menggunakan ID anda. (Sila tekan dibahagian lupa kata laluan jika anda tidak mempunyai kata laluan)
    3. Tekan DMP SERVICES, pilih REAPPLICATION
    4. Sediakan surat rayuan dan surat sokongan dalam bentuk bentuk PDF.
    5. Lampirkan surat berkenaan dan SUBMIT.
    6. Anda boleh menyemak semula status rayuan anda selepas 3 - 14 hari.
    7. Jika telah lulus, sila lengkapkan maklumat dibahagian DMP - Enrollment.
    8. Buat Temujanji
    9. Sila bawa bersama dokumen yang lengkap.
  1. Bolehkah saya menarik diri dari program PPK?
    Ya, anda dibenarkan untuk menarik diri dari PPK

  2. Apakah kesan sekiranya saya menarik diri dari program PPK?
    i) Pihak penyedia kewangan akan mengenakan semula bayaran ansuran mengikut kadar bayaran asal.
    ii) Pelanggan dikehendaki berunding secara terus dengan pihak bank.

  3. Apa yang perlu saya lakukan jika ingin keluar/ menarik diri daripada pogram PPK?
    Pelanggan boleh membuat permohonan untuk menarik diri dari program PPK menerusi atas talian dengan cara berikut:
    1. Sila layari https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin
    2. Log masuk menggunakan ID anda.
    3. Tekan dibahagian DMP Services , pilih 'withdrawal'
    4. Sediakan surat rayuan /surat sokongan berkenaan tentang permohonan anda.
    5. Lampirkan surat dan hantar (submit)
    6. Semak status permohonan anda selepas 7 hari
  1. Bagaimanakah caranya untuk memaklumkan AKPK selepas membuat penyelesaian penuh hutang?
    Pelanggan boleh memaklumkan AKPK berkenaan penyelesaian penuh hutang yang telah dibuat menerusi atas talian dengan cara berikut:
    1. Sila layari https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin
    2. Log masuk menggunakan ID anda.
    3. Sila tekan DMP SERVICES - FULL SETTLEMENT
    4. Tanda (/) untuk pinjaman yang telah selesai
    5. Imbas(scan) surat pelepasan dan lampirkan surat berkenaan
    6. Tekan hantar (submit)

  2. Bagaimanakah caranya untuk memaklumkan AKPK selepas membuat penyelesaian sebahagian hutang?
    Pelanggan boleh memaklumkan AKPK berkenaan penyelesaian sebahagian hutang yang telah dibuat menerusi atas talian dengan cara berikut:
    1. Sila layari https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin
    2. Log masuk menggunakan ID anda.
    3. Sila tekan DMP SERVICES - FACILITY SETTLEMENT
    4. Tanda (/) untuk pinjaman yang telah selesai
    5. Imbas (scan) surat pelepasan dan lampirkan surat berkenaan
    6. Tekan hantar (submit)
  1. Bagaimana saya boleh mendapatkan semula lebihan bayaran PPK.
    Sila emel butiran anda seperti nama, no kad pengenalan, no telefon, no akaun simpanan,dan nama bank ke finance_collection@akpk.org.my
  1. Bagaimanakah cara untuk menyemak baki pinjaman dan tarikh akhir bayaran AKPK.
    Anda perlu terus berhubung dengan pegawai koordinator AKPK untuk menyemak baki pinjaman dan tarikh akhir bayaran AKPK.

Carian

Tinjauan

Apakah pinjaman yang menyukarkan anda untuk membuat pembayaran balik?
  1. Kad kredit
  2. Pinjaman peribadi / Pembiayaan
  3. Sewa beli / Pembiayaan kenderaan
  4. Pinjaman perumahan / Pembiayaan
  5. Semua di atas

Tahap kepuasan anda terhadap FAQ kami

0