Laman Utama  >>  Individu  >>  Program Pengurusan Kredit
Program Pengurusan Kredit
Pelanggan Baru
Pertanyaan Am
Cara Mengikuti PPK
Pelanggan AKPK
Servis PPK
Moratorium Covid-19

  1. Apakah itu Program Pengurusan Kredit (PPK)?
    Program Pengurusan Kredit (PPK) adalah program khusus, di mana kaunselor kredit kami akan bekerjasama dengan anda untuk merangka pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda.
    Program pengurusan kredit disediakan untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus hutang peribadi mereka dengan institusi kewangan.

  2. Adakah AKPK melantik agen atau pihak ketiga bagi menguruskan PPK?
    Tidak. AKPK tidak pernah melantik mana-mana agen atau pihak ketiga bagi menguruskan PPK.
    Pelanggan dikehendaki berunding dengan kaunselor kredit secara bersemuka untuk pelan penstrukturan semula hutang mereka.

  3. Apakah kos yang terlibat untuk menyertai PPK?
    Tidak ada bayaran yang terlibat untuk pelanggan semasa sesi kaunseling dan / atau jika pelanggan ingin mengikuti PPK.

  4. Adakah AKPK menyediakan pinjaman baru?
    AKPK tidak menyediakan dan membantu pelanggan untuk mendapatkan pinjaman baru.
    Pelanggan diminta berhubung terus dengan institusi kewangan sekiranya ingin membuat pinjaman baharu,semua keputusan tertakluk kepada terma dan syarat Bank.
  1. Apakah syarat kelayakan untuk menyertai  program PPK.
    Syarat kelayakkan untuk menyertai program PPK adalah seperti berikut:
    • Anda bukan seorang yang muflis
    • Anda tidak berkemampuan untuk menguruskan hutang anda
    • Anda mesti mempunyai pendapatan bersih yang positif
    • Anda tidak berada dibawah tindakan undang-undang
    • Hanya pinjaman dari penyedia perkhidmatan kewangan yang mengambil bahagian di dalam PPK sahaja
    • Jumlah pinjaman anda tidaklah melebihi RM5 juta
  1. Bolehkah pinjaman peribadi melalui potongan gaji dijadualkan semula di bawah program PPK?
    Pengstrukturan semula pinjaman peribadi melalui potongan gaji hanya dibenarkan untuk pinjaman daripada institusi kewangan berikut :
    • Bank Kerjasama Rakyat (BKRM),
    • MBSB Bank
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Bank Simpanan Nasional (BSN).

  2. Adakah individu yang telah diisytiharkan muflis layak untuk mengikuti program PPK?
    Tidak boleh. Walaubagaimanapun, individu tersebut boleh merujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk bantuan selanjutnya.

  3. Adakah pinjaman kenderaan boleh dijadualkan semula bawah PPK?
    Boleh, hanya pinjaman kenderaan dengan institusi kewangan berikut sahaja :
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Ambank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad

      Pinjaman sewa beli daripada penyedia pinjaman lain boleh dipertimbangkan mengikut kes.

  4. Adakah pinjaman perumahan boleh dijadualkan semula bawah PPK?
    Boleh, hanya pinjaman perumahan dengan bank berikut sahaja:
    • Affin Bank Berhad, Affin Islamic Bank Berhad
    • Alliance Bank Malaysia Berhad, Alliance Islamic Bank Berhad
    • AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Bank Muamalat Malaysia Berhad
    • Bank Simpanan Nasional
    • CIMB Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad
    • Hong Leong Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad
    • Maybank, Maybank Islamic Berhad
    • Public Bank Berhad, Public Islamic Bank Berhad
    • RHB Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad

      Pinjaman perumahan daripada penyedia pinjaman lain boleh dipertimbangkan mengikut kes.

  5. Adakah pinjaman PTPTN  boleh dijadualkan semula bawah PPK?
    Boleh, dengan syarat individu tersebut mempunyai pinjaman lain yang diambil dengan penyedia pinjaman kewangan untuk dijadualkan semula dalam PPK. Sekiranya pelanggan hanya mempunyai pinjaman PTPTN, pelanggan perlu berunding terus dengan pihak PTPTN.

  6. Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula hutang syarikat / pinjaman wang berlesen?
    Tidak. AKPK hanya boleh membuat penjadualan semula pinjaman daripada institusi kewangan yang terlibat sahaja.

  7. Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula untuk pinjaman pelajaran?
    AKPK bolen membuat penjadualan semula pinjaman pelajaran untuk PTPTN sahaja.
  1. Institusi kewangan manakah yang terlibat di dalam program PPK?
    Pinjaman-pinjaman atas nama individu yang di luluskan oleh penyedia kredit berikut layak untuk dipertimbangkan di bawah PPK:         
    1. Bank Perdagangan
    2. Perbankan Islam 
    3. Penyedia  Insuran Hayat
    4. Penyedia Takaful 
    5. Institusi Bank Pembangunan
    6. Penyedia Kad kredit/kad caj
    7. Malaysia Building Society Berhad (MBSB)
    8. Koperasi Bank Persatuan
    9. PTPTN (Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)
    10. Pinjaman kenderaan (seperti di atas)
    11. Pinjaman perumahan (seperti di atas)
    12. Pinjaman bayaran melalui potongan gaji (Bank Rakyat, MBSB, Agro, BSN)
  1. Apakah kesan apabila pelanggan menyertai program PPK?
    Kemudahan kredit pelanggan seperti kad kredit dan kemudahan overdraf akan ditarik balik dan pelanggan mungkin tidak boleh memperoleh kredit baru sementara berada dalam DMP dan tertakluk kepada budi bicara penyedia perkhidmatan kewangan

  2. Bolehkah pelanggan membuat pinjaman lain setelah mengikuti program DMP.
    AKPK tidak mempunyai bantahan jika pelanggan ingin memohon kemudahan kredit baru. Kelulusan / penolakan adalah atas budi bicara penyedia kredit setelah melakukan penilaian dan penilaian kredit yang menyeluruh.
  1. Dimanakah CCRIS boleh dicetak
    Anda boleh mendapatkan laporan CCRIS anda dari KIOSK CCRIS yang terletak di mana-mana pejabat LINK Bank Negara Malaysia atau cawangan AKPK di seluruh negara.

  2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar eCCRIS
    Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan mekanisma baru untuk mencetak CCRIS melalui portal eCCRIS yang boleh di akses melalui laman web

    Untuk mendaftar eCCRIS, sila ikuti langkah berikut:
    a) Lawati cawangan BNM atau AKPK untuk pendaftaran kali pertama
    b) Sila bawa bersama dokumen berikut untuk tujuan pengesahan
        i) Individu : MyKad
        ii) Syarikat : Surat kebenaran dan Sijil pendaftaran syarikat
    c) 6 digit nombor pin sementare akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
    d) Lawati https://eccris.bnm.gov.my dan klik Login Kali Pertama. Masukkan nombor MyKad dan 6 digit nombor pin sementara. Ikut arahan dipaparan untuk melengkapkan pendaftaran.
  1. Apakah kebaikan menyertai PPK
    Di antara kebaikan menyertai PPK adalah seperti berikut:
    a) Penyusunan semula aliran tunai
    b) Tempoh bayaran balik yang munasabah berdasarkan aliran tunai terkini
    c) Penangguhan daripada tindakan undang-undang
    d) Tiada gangguan daripada pemungut hutang

Carian

Tinjauan

Apakah pinjaman yang menyukarkan anda untuk membuat pembayaran balik?
  1. Kad kredit
  2. Pinjaman peribadi / Pembiayaan
  3. Sewa beli / Pembiayaan kenderaan
  4. Pinjaman perumahan / Pembiayaan
  5. Semua di atas

Tahap kepuasan anda terhadap FAQ kami

0