Laman Utama  >>  Individu  >>  Nasihat Kewangan  >>  Produk dan Perkhidmatan Kewangan
Nasihat Kewangan
Asas Meminjam
Info Kaunseling
Produk dan Perkhidmatan Kewangan
Insurans & Takaful
Pelaburan
Pengurusan Kewangan Peribadi

Produk dan Perkhidmatan Kewangan

  1. Jenis-jenis produk simpanan
    Akaun simpanan Menyimpan wang dan menirima faedah tanpa tempoh matang
    Akaun semasa Digunakan untuk tujuan peribadi atau perniagaan
    Deposit tetap Simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap beserta pulangan dalam jangka masa yang ditetapkan


  2. Tanggungjawab pemegang akaun simpanan dan semasa
    • Rahsiakan nombor akaun dan pin ATM anda
    • Simpan penyata akaun, buku bank dan kad ATM di tempat yang selamat
    • Pastikan anda mengoyakkan cek yang dibatalkan
    • Sentiasa mengemaskini maklumat anda pada pihak bank

  3. Jenis-jenis perkhidmatan perbankan
    Perkhidmatan Kaunter Pertanyaan akaun, deposit dan pengeluaran, pemindahan wang, pembayaran bil
    ATM Pertanyaan baki, pengeluaran dan permindahan
    Mesin Deposit Deposit cek dan wang tunai
    GIRO antara bank Pemindahan wang antara bank
    Perbankan Internet Pertanyaan akaun, pembayaran dan pemindahan wang


  4. Jenis-jenis pinjaman
    Bercagar Tidak bercagar
    Definisi i) Memerlukan aset sebagai cagaran
    ii) Penyedia kredit berhak merampas dan menjual aset untuk mendapatkan kembali wang pinjaman.
    i) Tidak memerlukan aset sabagai cagaran
    ii) Jumlah pinjaman biasanya lebih rendah dengan tempoh bayaran yang lebih pendek.
    Contoh i) Pinjaman perumahan
    ii) Pinjiman sewa beli
    iii) Overdraf keatas aset bercagar
    i) Kad Kredit
    ii) Pinjaman peribadi
    iii) Overdraf tidak bercagar
    iv) Pinjaman Mikro
  1. Apa itu Perbankan Islam?
    Perbankan Islam adlah berasaskan peraturan atau prinsip Syariah, Berpandukan fiqh al-muamalat, yang mengharamkan riba (pengambilan dan pembayaran faedah), transaksi ketidakpastian, dan usaha niaga yang haram.

  2. Prinsip Asas Perbankan Islam
    1. Perkongsian untung rugi
    2. Pengharaman pengambilan riba

  3. Konsep Syariah perbankan Islam
    1. Mudharabah - perkongsian untung rugi
    2. Wadiah - Simpanan
    3. Musyarakah - Usahasama
    4. Murabahah - Kos ditambah harga
    5. Ijarah - Pajakan

  4. Panel kawal selia perbankan Islam
    1. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
    2. The Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM)
    3. Panel Penasihat Syariah Perbankan
  1. Apakah Perbankan Internet?
    Perbankan Internet merujuk kepada urusan transaksi perbankan elektronik melalui laman web.

  2. Fungsi Perbankkan Internet:
    • Menyemak baki dan penyata akaun bank
    • Permohonan untuk membuka akaun baru, permohonan kad kredit dan pinjaman
    • Simpanan deposit tetap
    • Pemindahan wang antara akaun
    • Pembayaran bil, kad kredit, ansuarn pinjaman dan premium insurans atau sumbagan takaful

  3. Langkah- langkah berjaga-jaga semasa mengakses perbankan internet
    • Pastikan anda telah melog masuk ke laman web yang betul
    • Rahsiakan log daftar masuk dan kata laluan
    • Tukar kata laluan dari masa ke semasa
    • Hindari daripada menggunakan computer yang dikongsi atau milik awam ketika mengendalikan transaksi perbankkan internet
    • Sentiasa log keluar sebaik sahaja menyelesaikan transaksi

Carian

Tinjauan

Apakah pinjaman yang menyukarkan anda untuk membuat pembayaran balik?
  1. Kad kredit
  2. Pinjaman peribadi / Pembiayaan
  3. Sewa beli / Pembiayaan kenderaan
  4. Pinjaman perumahan / Pembiayaan
  5. Semua di atas

Tahap kepuasan anda terhadap FAQ kami

0