Perangkap Kredit, Bayaran Minimum

Categories

Article from Berita Harian dated 30 June, 2012

 

    Anda mungkin berpuas hati dengan cuma membuat bayaran minimum bulanan bagi penyata kad kredit anda, lebih-lebih lagi jika ini membantu dalam aliran tunai anda.

 

    Namun, ada buruknya sekiranya anda berbuat demikian kerana anda akan dikenakan caj faedah dan masa yang lebih lama akan diambil untuk menyelesaikan hutang tertunggak ini.

 

    Akibatnya? Bebanan hutang anda semakin banyak dalam jangka masa yang singkat. Buat masa ini, kebanyakan pengeluar kad mengenakan caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan, pada kadar harian dan dikompaun secara bulanan.

 

    Anda telah mempelajari dalam bab-bab sebelum ini mengenai kesan faedah kompaun apabila anda membuat tabungan. Faedah kompaun juga diguna pakai dalam hal ini, dimana faedah dibayar pada jumlah pokok campur dengan faedah yang terkumpul terhadap baki pinjaman.

 

    Adalah penting untuk menyedari bahawa dengan hanya membayar jumlah minimum, anda akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk menyelesaikan hutang kad kredit anda, maka lebih banyak hutang akan terkumpul.

 

    Dengan kadar faedah yang tinggi, anda membayar lebih lagi kepada institusi kewangan jika dibandingkan dengan harga asal yang dibayar bagi barangan atau perkhidmatan yang anda beli dulu.

 

    Pastikan anda sentiasa membuat bayaran penuh untuk mengelak daripada kemelut kewangan. Layari laman web www.bankinginfo.com.my bagi formula untuk mengira bayaran caj faedah kad kredit.

 

Lihat contoh bagaimana individu mampu menguruskan hutang kad kredit mereka di bawah:

    Steven mempunyai tiga kad kredit, setiap satu dengan had kredit RM 5,000. Dia sedang menghadapi masalah menguruskan kewangan kerana mempunyai hutang kad kredit yang berjumlah RM10,000.

 

    Dia hanya membuat bayaran minimum sebanyak 5% bagi setiap kad. Gaji bulanan Steven ialah RM3,300. Selepas potongan KWSP, PERKESO dan cukai, gaji bersihnya ialah RM 2,882 sebulan.

 

    Bagi contoh ini, dianggarkan bahawa kadar faedah bagi setiap kad kredit tetap pada 18% setahun, bermakna 1.5% sebulan.

 

    Steven bercadang menangani keadaan ini sendiri tanpa membuat apa-apa rundingan dengan pihak bank, tanpa membatalkan kad-kad tersebut atau memohon bantuan daripada pihak ketiga.

 

    Pada masa yang sama, Steven juga perlu membayar ansuran kereta RM525, sewa rumah RM650 dan kos sara hidup RM900 sebulan. Baki sebanyak RM300 yang Steven cuba menabung biasanya sebahagian besar diberikan kepada ibu bapanya.

 

Ringkasan baki tertunggak dan bayaran minimum bulanan 5% adalah seperti berikut (semua angka dalam RM):

Nama Bank

Bank A (Master)

Bank B (Visa)

Bank C (Master)

Jumlah

Had

RM 5,000

RM 5,000

RM 5,000

 

Baki

RM 4,500

RM 3,500

RM 2,000

RM 10,000

Bayaran minimum 5%

RM 225

RM 175

RM 100

RM 500

Jumlah baki tertunggak kad kredit Steven ialah RM10,000, lebih kurang 25.25% daripada pendapatan kasar tahunan beliau sebanyak RM 39,600.

 

    Peratusan Jumlah Bayaran Minimum daripada gaji bersih bulanan beliau ialah 17.35% (ini memberikan Steven baki sebanyak hanya RM2,382 untuk berbelanja sepanjang bulan tersebut!)

 

    Steven ingin tahu bagaimana dia boleh menyelesaikan hutang kad kreditnya. Adakah sebarang jalan penyelesaiannya? Jawapannya, ada!

    Tapi memerlukan displin diri dan usaha gigih.

 

    Steven haruslah mengakui hakikat yang dia seorang yang boros dan perlu berjimat cermat. Jika tidak, tabiat ini akan menyebabkan dia menjadi orang miskin!

 

    Kedua, Steven perlu menghentikan penggunaan kad kreditnya. Ketiga, dia juga perlu merancang dengan sistematik pelan pembayaran setiap kad kredit dengan menambahkan lagi amaun bagi setiap bayaran minimum.

 

    Dia perlu menjelaskan hutang kad kredit satu persatu, kerana dia mempunyai tiga kad kredit.

 

    Mari kita mulakan dengan mengatur kedudukan kad kredit Steven mengikut aturan baki yang terendah. Kita akan cuba selesaikan hutang terendah terlebih dahulu.

 

    Disebabkan Steven mempunyai simpanan sebanyak RM1,500, kita akan gunakan RM500 untuk membayar sebahagian daripada baki kad Bank C (Master). Baki simpanan sebanyak RM1,000 akan dikekalkan untuk tabung kecemasan. Steven membuat komitmen untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM225 sebulan ke Bank sambil mengekalkan bayaran minimum bagi lain-lain kad.

 

    Untuk memudahkan pengiraan, bayaran minimum bulanan bagi Bank A dan Bank B masih dikekalkan pada jumlah yang sama setiap bulan.

 

    Steven bersetuju untuk membayar sebanyak RM700 sebulan bagi membayar hutang kad kreditnya. Ini bermakna dia perlu mengubah gaya hidupnya serta mengawal perbelanjaannya dengan lebih ketat.

 

    Perhatikan apa yang berlaku selepas enam (6) bulan dia mengikuti pelan perancangan ini. (nota: baki bulanan dikira SELEPAS bayaran dibuat):

 

 

Nama Bank

Bank A (Master)

Bank B (Visa)

Bank C (Master)

Jumlah

Had

RM 5,000

RM 5,000

RM 5,000

 

Baki

RM 4,500

RM 3,500

RM 2,000

RM 10,000

Bayaran minimum 5%

RM 225

RM 175

RM 100

RM 500

Komitment bulanan

RM 225

RM 175

RM 300

RM 700

Baki Bulan 1

RM 4,339.13

RM 3,374.88

RM 1,218*

 

Baki Bulan 2

RM 4,175.84

RM 3,247.87

RM 931.77

 

Baki Bulan 3

RM 4,010.10

RM 3,118.97

RM 641.25

 

Baki Bulan 4

RM 3,841.88

RM 2,988.13

RM 346.37

 

Baki Bulan 5

RM 3,671.13

RM 2,855.32

RM 47.06

 

Baki Bulan 6

RM 3,497.82

RM 2,720.53

RM 0.00

RM 6,218.35

* Jumlah baki Bank C menjadi RM1,500 setelah ditolak RM500 daripada simpanan Stephen.

 

Beginilahlah caranya kita mengira kadar faedah dan baki tertunggak setelah membuat bayaran setiap bulan:

Menggunakan Bank C (Master) sebagai contoh:

Baki tertunggak

RM 1,500

tolak bayaran

RM 300

Baki sebelum faedah

RM 1,200

+ tambah faedah (1.5% sebulan)

RM 18

Baki (bawa ke hadapan)

RM1,218 (Lihat baki bulan 1 bagi Bank C)