Wanita juga terpedaya

Categories

Article from Harian Metro dated 10 June, 2012 

 

KUALA LUMPUR: Kes wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) habis dalam tempoh singkat bukan hanya berlaku kepada pesara lelaki, malah turut membabitkan wanita.. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Koid Swee Lian berkata, ada pelanggan wanita mengadu terjebak dalam cinta lelaki kasanova yang mengikis wang mereka hingga diisytiharkan muflis. 

 

“Tidak kurang juga yang tertipi apabila melabur dalam skim cepat kaya dan mengalami kerugian besar apabila pelaburan mengalami kegagalan,” katanya kepada Metro Ahad. 

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai trend mereka yang mendapatkan khidmat percuma daripada agensi itu dalam usaha mengamalkan perbelanjaan berhemah.