Persidangan Dewan Rakyat (AKPK)

Categories

Excerpt from Berita Nasional RTM dated 11 October 2012

 

68-peratus individu yang telah mendapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (A-K-P-K), terdiri daripada mereka yang mempunyai pendapatan bawah 3-ribu Ringgit sebulan.  Demikian menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin,  pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.  Lebih 196-ribu individu telah mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling kredit daripada A-K-P-K,  sehingga Ogos lepas.  57-peratus daripada mereka berusia bawah 40 tahun.  67-peratus adalah lelaki. 32-peratus dari sektor swasta, 48-peratus bekerja sendiri dan lapan peratus penjawat awam.