Berdepan hutang kad kredit angkara isteri boros

Categories

Petikan artikel dari Harian Metro27 October 2012

 

JOHOR BAHRU – Sikap segelintir suri rumah berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit suami, antara punca pasangan mereka berdepan masalah membayar hutang bank, sekali gus menyumbang kepada nama mereka disenarai hitam.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Koid Swee Lian berkata, perkara itu berlaku apabila seseorang suami memberi kebebasan penuh kepada isterinya untuk berbelanja tanpa membincangkan bajet keluarga masing-masing.

 

Menurutnya, keadaan bertambah buruk apabila perbelanjaan terlalu boros hingga mengakibatkan segelintir suami menanggung pembayaran kad kredit yang tinggi.

 

“Dalam satu kes yang dirujuk kepada kami, seorang lelaki yang juga ahli perniagaan menanggung hutang pinjaman bank ratusan ribu ringgi.

 

“Lelaki berkenaan menceritakan perkara itu ketika mendapatkan khidmat kaunseling daripada kami dan mengakui tidak dapat membayar pinjaman itu kerana perbelanjaan melebihi pendapatan berikutan penggunaan kad kredit oleh isterinya.

 

“Kami menasihati lelaki terbabit menbincangkan masalah dialami dengan isterinya memandangkan teman idupnya itu terlalu bebas berbelanja termasuk membeli barang kemas menggunakan kad kredit tan mengetahui suaminya terperangkap dengan beban hutang yang banyak,” katanya.

 

Sementara itu, Koid berkata, seramai 198,870 orang mendapatkan khidmat pengurusan kewangan daripada AKPK sejak ia mula ditubuhkan pada 2006 hingga bulan lalu.

 

Menurutnya, daripada jumlah itu, 81,596 orang berjaya dibantu agensi berkenaan menerusi Program Pengurusan Kredit.