AKPK bantu 2,460 orang atasi masalah hutang

Categories

Petikan artikel dari KOSMO!7 November 2012

 

KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) membantu 2,460 orang menyelesaikan masalah pembayaran hutang perbankan berjumlah RM80.9 juta menerusi Program Pengurusan Kreditnya.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koid Swee Lian berkata, mereka adalah daripada 81,596 orang yang dibantu menerusi program berkenaan dengan menstruktur semula pinjaman peminjam seperti pinjaman kad kredit dan peribadi.

 

"Angka kes yang berjaya diselesaikan ini satu pencapaian memberangsangkan bagi kita sebab kita belum masuk 10 tahun lagi beroperasi sejak ditubuhkan 2006.

 

“Kita bertindak sebagai ”orang tengah” mereka (peminjam) dalam berurusan dengan pihak bank yang terlibat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Buku Terbitan AKPK kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, hari ini.

 

Swee Lian berkata, kebanyakan orang yang mengikuti program itu terdiri daripada golongan berumur 30 tahun ke atas yang berdepan masalah tidak mampu mengawal hutang mereka. – BERNAMA