AKPK lantik Mahani sebagai pengarah

Categories

Petikan artikel dari Sinar Harian6 Februari 2013

 

KUALA LUMPUR - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia, telah melantik Datin Mahani Tan Abdullah sebagai pengarah, berkuat kuasa Januari, 2013.

 

Pada masa ini, beliau ialah Ketua Pengarah Biro Aduan Awam di Jabatan Perdana Menteri.

 

"Beliau akan membawa bersama ke AKPK pengalaman meluas beliau dalam perlindungan pengguna yang diperoleh daripada peranannya sebelum ini sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," kata AKPK dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama