Peningkatan Kos Sara Hidup Bukan Alasan Muflis

Categories

Keratan dari TV311 Februari 2014

 

Peningkatan kos sara hidup tidak boleh dijadikan penyebab utama rakyat negara ini muflis. 

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, keadaan itu bergantung kepada kebijaksanaan individu dalam menguruskan kewangan masing-masing dengan pendapatan isi rumah yang terhad. 

 

Tambah beliau, rakyat perlu bijak memilih lokasi membeli-belah yang lebih murah. 

 

Sehingga 31 Disember tahun lalu, 248,491 pelanggan telah menggunakan perhidmatan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, AKPK. 

 

Daripada jumlah itu, 100 ribu 871 individu telah berjaya dibantu melalui program pengurusan kredit. 

 

Antara punca permasalahan ialah perancangan kewangan yang lemah sehingga membawa kepada beban hutang. 

 

Terdapat juga peminjam yang bermasalah disebabkan faktor luar jangkaan seperti masalah kesihatan, kehilangan pekerjaan dan kegagalan perniagaan. 

 

Beliau berkata demikian selepas melawat ibu pejabat AKPK di ibu negara, siang tadi.

 

Tonton video di sini.