Kos sara hidup bukan alasan jadi muflis

Categories

Artikel dari Utusan Malaysia12 Februari 2014

 

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Kenaikan kos sara hidup tidak boleh dijadikan penyebab utama rakyat negara ini menjadi muflis.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, sebaliknya keadaan itu bergantung kepada kebijaksanaan rakyat mengurus kewangan masing-masing dengan pendapatan isi rumah yang terhad.

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), di sini hari ini.