Jumlah kes Agensi Pengurusan Kredit meningkat

Categories

Artikel dari Harakah Daily12 Februari 2014

 

KUALA LUMPUR: Jumlah individu yang ingin mendapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) meningkat kepada 248,491 tahun lepas daripada 207,997 pada 2012.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ini menunjukkan mereka yang lemah dalam pengurusan kewangan serta dibelenggu pinjaman, kini semakin menerima hakikat tentang pentingnya bagi mereka mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan masalah masing-masing.

 

"Ia juga menunjukkan kini semakin banyak orang sedar tentang kewujudan AKPK," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat agansi itu di sini semalam.

 

Beliau berkata kerajaan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesan negatif akibat kemuflisan, terutama dalam kalangan belia, bagi mengurangkan kes kemuflisan di seluruh negara.

 

"Generasi muda perlu dimaklumkan tentang kesan daripada membuat pinjaman dan ketidakmampuan untuk melunaskan pinjaman," katanya sambil menegaskan bahawa mereka yang disenaraikan sebagai muflis, perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. - Bernama