Janganlah cuba berhutang

Categories

Artikel dari Harian Metro20 Februari 2014

 

Demikian nasihat seorang mangsa yang terjebak dengan hutang kad kredit NB Dayananda, 72, yang kini sedang dibantu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) selepas gagal melunaskan hutang yang turut menyebabkan dia disisih keluarga serta rakan.

 

Menceritakan pengalamannya, Dayananda berkata, dia adalah bekas pengurus pemasaran berjaya di London dan pulang ke Malaysia pada 2001.

 

“Oleh kerana saya tidak bekerja, saya menggunakan duit simpanan untuk menampung kos hidup.

 

Pada 2012, saya gagal menguruskan bil dua kad kredit berjumlah RM13,000.

 

“Disebabkan itu, pihak bank menghantar surat untuk merampas perabot dan rumah saya di Seremban untuk melangsaikan hutang.

 

Saya bernasib baik apabila diperkenalkan seseorang dengan AKPK,” katanya ketika majlis makan tengah hari bersama media anjuran AKPK, di sini, semalam.

 

Menurutnya, tindakan berjumpa AKPK tepat apabila dia dapat membayar hutang secara ansuran.

 

Dayananda antara lima peserta dibantu AKPK menerima sijil penghargaan daripada agensi itu semalam.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Koid Swee Lian berkata, pada tahun lalu, sebanyak 1.5 juta orang dibantu agensi itu untuk pengurusan kewangan yang mana perkhidmatan ini adalah percuma.