Acara cukup menarik

Categories

Artikel dari Harian Metro28 April 2014

 

Kota Bharu: Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini, bukan hanya memberi impak positif kepada pengunjung, bahkan syarikat yang mengambil bahagian.

 

Mereka mengakui gembira menyertai MSAM 2014 yang bertemakan Pelaburan 360 PNB apabila berpeluang berkongsi maklumat dan mendidik masyarakat setempat mengenai kaedah perancangan kewangan terbaik dan manfaat pelaburan.

 

Pengurus Besar Bahagian Operasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Nor Fazleen Zakaria berkata, MSAM adalah platform terbaik untuk pihaknya mendekati orang ramai, khusus masyarakat Kelantan dalam menyampaikan maklumat berkaitan pelaburan dan pengurusan kredit.

 

“Ini acara cukup menarik perhatian ramai pengunjung dan ia dibuktikan apabila sepanjang lapan hari berkampung di sini, jumlah pengunjung mencecah 215,000 orang.

 

“Malah, kaunter AKPK kami turut mendapat sambutan menggalakkan apabila 400 pengunjung mendapatkan khidmat bantuan pada setiap hari sepanjang lapan hari berlangsungnya MSAM.

 

“Malah, jumlah ini bertambah menjelang cuti hujung minggu. Bagi AKPK, kami akan sentiasa berusaha mendekati orang ramai,” katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Wilayah Pahang, Kelantan dan Terengganu, Malayan Banking Berhad (MAYBANK) Abd Halim Lehan berkata, menerima manfaat daripada penganjuran MSAM kali ini yang memperkenalkan konsep baru yang lebih segar.