- Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah?
- Lokasi Hartanah
- Perlu tentukan lokasi perumahan dan jenis kejiranan
- Kemudahan asas seperti kedai, sekolah, hospital,bank, pengangkutan awam
- Jarak dari tempat kerja dan keadaan lalu lintas
- Keselamatan
- Harga rumah bertanah biasanya lebih tinggi di kawasan bandar
- Rumah bertingkat seperti kondominium dan apartment biasanya lebih mampu dimiliki kerana harga lebih rendah
- Pegangan bebas akan jadi hak milik kekal
- Pegangan pajak hanya boleh dimiliki dalam tempoh 99 tahun sahaja. Hartanah tersebut akan dipulangkan kepada pihak berkuasa selepas tempoh pajakan
- Surat ikatan hak milik membuktikan anda pemilik sebuah hartanah
- Sila pastikan tiada sebarang halangan keatas hartanah yang hendak dibeli
- Berbincang dengan peguam untuk mendapatkan nasihat
- Jika membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila kaji latar belakang pemaju dan rekod prestasi mereka
- Adakah projek terdahulu disiapkan mengikut jadual
- Adakah semua kemudahan disediakan seperti didalam risalah
- Adakah pembeli terdahulu berpuas hati dengan pembelian mereka
- Jika projek perumahan terbengkalai anda masih bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman walaupun hartanah belum lagi menjadi milik anda
Sebelum mengambil pinjaman, langkah yang perlu dibuat adalah:
- Nisbah hutang kepada pendapatan
- Jumlah bayaran balik pinjaman tidak melebihi 40% daripada pendapatan bersih bulanan
- Sekiranya mempunyai pinjaman lain seperti kereta , PTPTN dan pinjaman lain telah melebihi had 40%, sebaiknya tangguhkan keputusan membeli rumah
- Pastikan anda boleh membayar ansuran bulanan mengikut jadual
- Premium insurans yang melindungi pihak yang diinsuranskan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal bagi baki jumlah pinjaman perumahan yang belum dijelaskan
- Berbeza-beza bergantung kepada jenis hartanah, kedudukan pinjaman semasa dan kemampuan membayar balik pinjaman.
- Boleh mencecah sehingga 90% daripada harga hartanah
- Bagi tujuan pelaburan, pastikan nisbah PKN lebih rendah
Membeli | Menyewa |
Memerlukan masa yang banyak untuk penyelenggaraan | Tidak perlu memikirkan tentang kos penyelenggaraan |
Membaiki rumah boleh menambahkan kos perbelanjaan | Ditanggung oleh pemilik rumah |
Tidak bebas untuk berpindah | Bebas untuk berpindah |
Harga pasaran akan jatuh jika kawasan perumahan sering dilanda banjir atau sesak |
- Perjanjian jual beli - yuran guaman, yuran pengeluaran pinjaman, duti setem
- Perjanjian pinjaman - yuran guaman, yuran pengeluaran pinjaman, duti setem