- Polisi Pemberitahuan Maklumat AKPK bertujuan untuk mencapai dan mengekalkan tahap tingkah laku yang tinggi di tempat kerja, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
- Pekerja dan pihak berkepentingan, termasuk pembekal digalakkan untuk melaporkan sebarang kebimbangan sebenar mengenai salah laku tanpa rasa gentar terhadap sebarang tindakan balas jika mereka bertindak dengan suci hati.
- Pemberi maklumat (whistleblower) digalakkan menyertakan nama mereka terhadap pendedahan mereka kerana tindakan susulan berkaitan dan siasatan mungkin tidak dapat dilakukan kecuali sumber maklumat pendedahan dikenalpasti.
- AKPK akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi pemberi maklumat (whistleblower) daripada apa-apa diskriminasi, tindakan balas atau gangguan. Pihak yang bertindak balas terhadap seseorang yang telah melaporkan salah laku dengan suci hati mungkin tertakluk kepada tindakan bersesuaian, sehingga dan termasuk tindakan undang-undang, di mana berkenaan.
- Jika penyiasatan berikutnya mendedahkan pendedahan dibuat dengan niat jahat, tindakan bersesuaian akan diambil terhadap pemberi maklumat (whistleblower).
- ‘Salah laku’ bermaksud sebarang tingkah laku tidak beretika, penyelewengan, perbuatan haram atau kegagalan untuk mematuhi polisi dan prosedur AKPK, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Kebimbangan mengenai layanan perakaunan AKPK, kawalan dalaman atau perkara-perkara berhubung dengan pengauditan
- Ketidakpastian, rasuah, perbuatan penipuan dan kecurian
- Penyalahgunaan harta, aset atau sumber-sumber AKPK
- Perlakuan merupakan kesalahan atau keganasan dari segi undang-undang
- Penyalahgunaan kuasa
- Kesilapan pengurusan yang melampau dalam AKPK
- Konflik kepentingan serius tanpa pendedahan
- Pemberi maklumat (whistleblower) boleh melaporkan kebimbangannya kepada pegawai yang ditetapkan seperti berikut:
- Ketua Pegawai Eksekutif AKPK @ ceo@akpk.org.my
- Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga AKPK @ acchairman@akpk.org.my
- Pengerusi Lembaga Pengarah AKPK @ chairman@akpk.org.my
- Salah laku boleh juga dilaporkan dengan menyerahkan borang ‘Whistleblowing Incident Report Form’ (WIRF) kepada pegawai yang ditetapkan. Contoh borang WIRF seperti Lampiran yang disertakan.