PK

PENGURUSAN KREDIT

Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda. Menerusi program pengurusan kredit, para penasihat kewangan kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi.
< Kembali

PROGRAM PENGURUSAN KREDIT

Individu yang tidak mampu menguruskan hutang sendiri dan memenuhi kriteria kelayakan asas boleh menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK.

PPK oleh AKPK bertujuan untuk membantu mereka yang tertekan dengan tanggungan kewangan mereka terhadap pemberi perkhidmatan kewangan yang dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM).

Mengenai PPK

Apakah PPK?

PPK adalah pelan bayaran balik hutang peribadi untuk pelanggan individu yang dihasilkan melalui perundingan dan persetujuan bersama institusi kewangan yang terlibat.

Siapa yang layak?

Mana-mana individu yang memenuhi kriteria PPK iaitu:

  • tidak muflis
  • tidak berada di peringkat litigasi lanjutan
  • mempunyai pendapatan boleh guna bersih yang mencukupi selepas perbelanjaan keperluan, dan
  • mempunyai jumlah hutang tidak melebihi RM5 juta
Apakah proses PPK?
  • Peminjam digalakkan untuk menyertai taklimat awam dan sesi soal jawab selama 30 minit di premis kami atau cawangan yang mempunyai taklimat awam.
  • Untuk cawangan tanpa taklimat awam, peminjam boleh berbincang terus dengan penasihat kewangan kami.
  • Peminjam akan berkongsi masalah kewangan dengan penasihat kewangan AKPK
  • Semakan perbelanjaan bulanan peminjam akan dilakukan untuk mengenalpasti potensi untuk simpanan.
  • Semua pinjaman/pembiayaan dan baki pinjaman/pembiayaan terkini perlu diisytiharkan oleh peminjam.
  • Perundingan berlaku di antara AKPK dan institusi kewangan bagi pihak peminjam
  • Pengeluaran surat PPK oleh AKPK
  • Anda mungkin diminta untuk menandatangani Surat Tawaran Tambahan (SLO) selepas kelulusan PPK
Dokumen diperlukan semasa Sesi Nasihat Kewangan
  • Laporan CCRIS terkini oleh Bank Negara Malaysia (boleh dicetak di semua cawangan kami)
  • Penyata pinjaman/pembiayaan terkini dari semua sumber berkaitan
  • Penyata gaji terkini sekiranya bekerja di bawah majikan
  • Jika bekerja sendiri, sila sediakan bukti pendapatan seperti penyata bank terkini, penyata KWSP (jika ada), sebarang bukti kos dan pendapatan perniagaan
  • Sebarang dokumen undang-undang, jika ada
Akibat Menyertai PPK
  • Penarikan balik kemudahan kredit
  • Pemerolehan kredit baharu semasa berada dalam PPK tertakluk kepada budi bicara Pemberi Perkhidmatan Kewangan
Apakah penentu untuk PPK yang Berjaya

Mana-mana individu yang memenuhi kriteria PPK seperti berikut:

  • Kemahuan dan keazaman yang kuat untuk membetulkan keadaan dan meneruskan kehidupan
  • Berdisplin dalam membuat pembayaran seperti dijadualkan
  • Pengubahsuaian gaya hidup
  • Keazaman untuk berkorban demi kebebasan hutang di masa hadapan
Apakah yang boleh menyebabkan DMP berakhir?
  • DITAMATKAN kerana tiada bayaran di buat
  • SELESAI kerana habis bayar awal atau mengikut jadual
  • DITARIK BALIK atas permintaan peminjam ATAU
  • DITARIK BALIK atas makluman status muflis peminjam atau kematian peminjam