Pengenalan
- Notis Perlindungan Data Peribadi (Notis) ini menerangkan bagaimana Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menggunakan data peribadi anda.
- AKPK amat komited untuk memastikan data peribadi diproses mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).
- Notis ini adalah berkaitan dengan data peribadi yang anda kongsikan secara sukarela dengan AKPK apabila anda menggunakan perkhidmatan kami.
Tujuan Notis
- Notis ini dikeluarkan selari dengan APDP kepada semua individu yang merupakan pelanggan, rakan kongsi pintar, pihak yang berkepentingan, penjual, dan / atau pembekal barangan dan / atau perkhidmatan serta pekerja mereka yang:
- pada masa lepas telah menghadiri atau pada masa depan akan hadir untuk pendidikan kewangan AKPK, kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit; atau
- mengemukakan apa-apa tender / pemerolehan untuk AKPK.
Tujuan Pemprosesan Data Peribadi
- AKPK memproses data peribadi seperti di bawah tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
- Untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan dan kaunseling kewangan
- Untuk membangunkan Program Pengurusan Kredit Peribadi (PPK)
- Untuk menilai keberkesanan Program Pendidikan Kewangan dan PPK kami
- Untuk menilai kesesuaian penjual, dan / atau pembekal barangan dan / atau perkhidmatan serta pekerja mereka dalam menganugerahkan kontrak yang dipohon
- Untuk menguatkuasakan hak dan tanggungjawab dalam kontrak, termasuk membuat pembayaran untuk barangan dan / atau perkhidmatan dan menyimpan maklumat peribadi kakitangan yang bertanggungjawab kepada obligasi penjual, dan / atau pembekal barangan dan / atau perkhidmatan serta pekerja mereka di bawah kontrak
- Untuk menjalankan kajian kepuasan pelanggan dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami
- Untuk menyediakan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami
- Untuk pegesahan maklumat yang berkaitan dengan butir-butir peribadi, latar belakang pekerjaan, dan kedudukan kewangan
- Lain-lain aktiviti perniagaan yang sah daripada AKPK.
Jenis Pemprosesan Data Peribadi
- AKPK memproses data peribadi termasuklah seperti berikut namun tidak terhad kepada perkarai-perkara berikut:
- Butir- butir peribadi : nama, bangsa, agama, tarikh lahir, umur, jantina, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor paspot, status perkahwinan, butir-butir pasangan, anak-anak dan waris terdekat dan latar belakang pendidikan.
- Sejarah pekerjaan
- Pinjaman dan nombor akaun bank & baki dan caruman berkanun, iaitu KWSP, SOCSO dan cukai pendapatan.
- Maklumat mengenai aset, liabiliti dan kedudukan kredit.
Pendedahan Data Peribadi
- AKPK boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut, termasuklah permintaan wajib yang dibuat oleh mana-mana pihak di bawah undang-undang Malaysia berkenaan:
- Pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi undang-undang, kawal selia dan keperluan kerajaan; dan
- Mana-mana entiti lain yang berkaitan, termasuk bank-bank, syarikat insuran, pengendali takaful, institusi pembangunan kewangan dan koperasi.
Capaian Data Peribadi
- Di bawah APDP, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini .
Cara Berhubung
- Untuk mendapatkan penjelasan mengenai dokumen ini dan permintaan berkaitan maklumat peribadi, anda boleh meminta untuk dipinda dan / atau diubah data peribadi anda dengan menghubungi Encik Mohd Adnan Anan Abdullah, Pegawai Perlindungan Data Peribadi di:
Alamat e-mel : pdpo@akpk.org.my
Nomber Telefon : 603 – 2610 5620
Nomber Fak : 603 – 2616 7603
Waktu Operasi : 8.30 pg – 5.30 ptg
(Isnin – Jumaat, tidak termasuk cuti umum)
Keselamatan Data
- AKPK mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi yang dikumpul dan kerahsiaannya. AKPK memastikan pentadbiran yang bersesuaian, perlindungan keselamatan dan prosedur yang diambil adalah selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan bagi perlindungan data peribadi.
Pengekalan Data
- AKPK memastikan yang maklumat peribadi yang dikumpul akan dikekalkan dan dimusnahkan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 10 APDP.
Integriti Data
- Data peribadi yang anda berikan kepada AKPK adalah tepat dan terkini dan jika ada terdapat perubahan kepada data, anda perlu memberitahu AKPK sewajarnya.