PK

PENGURUSAN KREDIT

Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda. Menerusi program pengurusan kredit, para kaunselor kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi.
< Kembali

Panduan Urus Sendiri

Sebagai sebahagian daripada usaha AKPK untuk menggalakkan peminjam mengawal sepenuhnya kewangan masing-masing, dokumen 'Panduan Urus Sendiri' (PUS) ini diterbitkan bertujuan untuk membantu peminjam berkomunikasi atau berunding secara terus dengan pihak pemiutang (institusi-institusi di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia) berhubung dengan cadangan pembayaran balik hutang mereka.

PUS mengandungi panduan langkah demi langkah termasuk dokumen-dokumen berikut untuk menyokong cadangan pembayaran balik hutang peminjam:

Lampiran 1
– Langkah Permulaan Cadangan Pembayaran Balik Hutang
Lampiran 2
– Borang A: Bajet Bulanan
Lampiran 3
– Borang B: Cadangan Pembayaran Balik Hutang: Pemiutang Pelbagai
Lampiran 4
– Formula Pembayaran Pro-rata
Lampiran 5
– Contoh Surat Cadangan Pembayaran Balik Hutang: (a) Pemiutang Tunggal (b) Pemiutang Pelbagai (c) Penyelesaian Penuh dan Muktamadt
Lampiran 6
– Senarai Nombor Telefon Pemiutang
Lampiran 7
– Carta Aliran – Pelan Pemulihan Hutang

Peminjam dinasihatkan untuk menggunakan dokumen PUS sebagai panduan bagi cadangan pembayaran balik hutang mereka dan perlu menghubungi pemiutang mereka terlebih dahulu sebelum meminta bantuan daripada mana-mana pihak lain. Sebagai peminjam, sila pastikan bahawa anda:

 

menerima jawapan bertulis daripada pemiutang berkenaan mengenai cadangan pembayaran balik hutang.

 

menyimpan semua surat-menyurat, rekod pembayaran dan dokumen lain yang berkaitan dengan pinjaman.

Pelan Pemulihan Hutang

Pelan pemulihan hutang biasanya dimulakan oleh pihak peminjam dan dinilai oleh pemiutang mereka. Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman, anda boleh terus berunding dengan pihak pemiutang untuk penyusunan atau penjadualan semula pinjaman tersebut.

Untuk tujuan ini, anda boleh mengemukakan cadangan pembayaran balik yang bersesuaian mengikut kemampuan anda untuk pertimbangan pihak pemiutang. Selepas menilai cadangan pembayaran balik hutang anda, pihak pemiutang boleh menerima atau menolak cadangan tersebut, atau berunding dengan anda untuk mendapat pembayaran lebih.

Pemiutang mungkin tidak serta merta menerima atau menolak cadangan anda. Walau bagaimanapun, pemiutang menghargai keikhlasan anda membayar balik hutang dan sedia bekerjasama untuk menghasilkan pelan pemulihan hutang. Anda harus bersedia untuk mengubah gaya hidup kerana pelan seperti ini memerlukan kesungguhan, dedikasi dan pengupayaan diri.