PK

PENGURUSAN KREDIT

Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda. Menerusi program pengurusan kredit, para penasihat kewangan kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi.
< Kembali

Pengenalan

Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda. Menerusi program pengurusan kredit, para penasihat kewangan kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia* perkhidmatan kewangan anda.

AKPK tidak menyediakan pinjaman atau pembiayaan kewangan.

Program pengurusan kredit ini disediakan untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus bebanan kredit dengan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, sekiranya

+NDI

Anda mempunyai sumber pendapatan yang positif

< 5M

Jumlah pinjaman anda tidak melebihi RM5 juta

 

Anda tidak berada di bawah tindakan undang-undang yang telah lanjut

BUKAN
MUFLIS

Anda tidak diisytiharkan sebagai “muflis”

* Penyedia perkhidmatan kewangan terdiri daripada:

  • Semua bank perdagangan
  • Semua bank Islam
  • Institusi kewangan pembangunan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)
  • Pengeluar kad kredit/caj (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)
  • Sebahagian Koperasi
  • MBSB Bank
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Jika anda mempunyai hutang yang tidak terurus, anda bukan keseorangan.