PK

PENGURUSAN KREDIT

Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda. Menerusi program pengurusan kredit, para kaunselor kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi.
< Kembali

Proses Permohonan DMP

Langkah 1: Permohonan PPK secara atas talian
  • Maklumat berkaitan yang digunakan untuk penyerahan dalam permohonan atas talian, termasuk butir-butir peribadi , aliran tunai (pendapatan & perbelanjaan ), dan maklumat pemiutang.
  • Pelanggan yang ingin menyertai PPK boleh menetapkan waktu kaunseling di mana-mana cawangan AKPK di seluruh negara (kecuali Perlis dan Negeri Sembilan).
Langkah 2: Dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadiri sesi kaunseling
  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata Pendapatan yang terkini (mana yang terpakai)
    • Jika ada majikan - 3 bulan penyata gaji atau,
    • Jika bekerja sendiri - Akuan berkanun (melalui Pesuruhjaya Sumpah)
  • Penyata KWSP terkini
  • Penyata CCRIS terkini
  • Dokumen perundangan (jika ada)
  • Dokumen lain (mana-mana yang terpakai):
    • Pengesahan doktor berkenaan penyakit kritikal yang dihadapi
    • Sijil kematian pasangan
    • Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Pengesahan kehilangan upaya
    • Surat pengesahan dari PERKESO
    • Bil perubatan diri sendiri / tanggungan
    • Bil utiliti
    • Penyata akaun simpanan peribadi
Langkah 3: Sesi Kaunseling
  • Sewaktu sesi kaunseling, kaunselor kredit akan membuat penilaian atas pendapatan, perbelanjaan dan semua pinjaman untuk menstruktur semula pembayaran balik bulanan mengikut kemampuan anda yang munasabah.
  • Jika anda masih juga tidak mampu untuk membayar bayaran bulanan tersebut, pihak kami akan cuba memberi beberapa cadangan dan pilihan lain bagi menyelesaikan masalah kredit anda.
Langkah 4: Pengaktifan DMP
  • Anda dikehendaki membuat bayaran pertama dalam tempoh 10 hari dari tarikh notis kelulusan permohonan PPK yang dihantar melalui emel.
  • Jika anda gagal untuk membuat bayaran pertama seperti yang dicadangkan, anda dikehendaki untuk berbincang semula dengan kaunselor kami di mana-mana cawangan yang berdekatan.
Langkah 5: Pengesahan Kemasukan Program PPK
  • Setelah program PPK diaktifkan, pelanggan boleh memuat turun surat tawaran PPK di Portal Pelanggan AKPK.