FE AKPK Pendidikan Kewangan

PENDIDIKAN KEWANGAN

Kami menawarkan bahan berkaitan pendidikan kewangan tentang penggunaan kredit secara bijak serta asas pengurusan wang dan tanggung jawab dalam menguruskan kredit. Modul pendidikan kami berasaskan mengikut pendekatan kitaran hidup.
< Kembali

Pengenalan

Di dalam persekitaran semasa ini, pendidikan kewangan lebih diperlukan dan memainkan peranan yang penting. Dengan penyertaan dan penglibatan di dalam sistem kewangan secara efektif boleh meningkatkan kesejahteraan ekonomi individu dan perniagaan. Oleh itu pendidikan kewangan merupakan kunci kepada masyarakat kita bagi mendapat faedah dari sistem kewangan dan teknologi baru yang boleh mengubah lanskap kewangan. Ia akan membantu pengguna untuk lebih memahami risiko yang terlibat dalam menguruskan kewangan dan akan memudahkan dalam membuat keputusan kewangan yang lebih baik. Oleh itu, untuk membina satu generasi dengan kecekapan kewangan ia harus bermula diperingkat awal. Ini telah menjadi motivasi pada Bank Negara Malaysia dalam membangunkan AKPK untuk menjadi sebuah agensi yang menyediakan pendidikan kewangan kepada pengguna dewasa.

Sebagai sebahagian dari usaha mempromosi celik kewangan dan pengurusan kewangan yang kukuh oleh orang awam, AKPK telah membangunkan program khas dengan menyasarkan kepada semua peringkat kehidupan bermula dari anak muda di pusat pengajian tinggi sehinggalah ke peringkat warga emas dalam meniti usia persaraan mereka dengan tujuan meningkatkan tahap kefahaman dengan berkesan dalam menguruskan kewangan mereka. Ini akan menyumbang ke arah memperkenalkan perlindungan kepada pengguna sistem kewangan dan sektor isirumah yang terus mampan dan berdaya tahan.

Modul pendidikan kami berasaskan mengikut pendekatan kitaran hidup:

Penggajian Tinggi Modul AKPK

Modul 1 - Penggajian Tinggi

Permulaan Pekerjaan Modul AKPK

Modul 2 - Permulaan Pekerjaan

Famili Modul AKPK

Modul 3 - Famili

Persaraan Modul AKPK

Modul 4 - Persaraan