Tindakan membuat pinjaman bank untuk menyelesaikan hutang sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah kewangan kerana perbuatan itu ibarat ‘gali lubang baru untuk tutup lubang lama’.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohamad Khalil Jamaldin berkata, golongan yang berhutang sepatutnya berdisiplin membuat pembayaran semula pinjaman dengan konsisten dan teratur.
Katanya, mereka juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai pengiraan pinjaman bank kerana perkara itu turut melibatkan kadar faedah dan tempoh pinjaman.
“Ini yang menjadi masalah utama masyarakat hari ini, kebanyakan mereka tidak menyedari pinjaman boleh bertambah sekiranya gagal membayar ansuran masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan pihak bank.
“Sebab itu, kami menyediakan dua saluran untuk membantu golongan yang berhutang iaitu kaunseling dan Program Pengurusan Kredit dan kami telah menerima seramai 380,433 pelanggan sehingga 30 Oktober lalu,” kata Mohamad Khalil kepada Mingguan Malaysia di sini.
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir memberitahu, 80 peratus daripada 140,000 pelanggan AKPK merupakan pemegang kad kredit yang berdepan dengan risiko muflis jika mereka gagal membayar balik pinjaman bank.
Mengulas lanjut, beliau berkata, selain hutang kad kredit, punca masalah kewangan masyarakat hari ini adalah gagal dalam perniagaan yang menyumbang sebanyak 16.7 peratus dan berhadapan dengan kos perubatan yang tinggi (14 peratus).
Katanya, terdapat beberapa faktor lain yang turut menjadi punca masalah kewangan antaranya penggunaan kad kredit di luar kawalan, kehilangan pekerjaan, gaya hidup mewah dan kehilangan tempat bergantung.

Dis 07, 2015 | financialmanagement

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Seramai 140,000 pelanggan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang 80 peratus daripadanya pemegang kad kredit, berdepan risiko muflis jika mereka gagal membayar balik pinjaman bank.
Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata, golongan itu kini mengikuti program pengurusan kredit (PPK) bagi menguruskan pinjaman kewangan mereka, sekali gus mengelakkan daripada muflis.
Katanya, faktor itu berlaku kerana kebanyakan penghutang kurang pengetahuan dalam menguruskan penggunaan kad kredit sehingga menyebabkan berlakunya tunggakan kadar faedah serta bayaran balik pinjaman yang bertindan.
“Majoriti golongan ini berusia 30 hingga 45 tahun dan berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah. Setakat ini, daripada 140,000 yang mengikuti PPK, 8,500 pelanggan berjaya diselamatkan daripada muflis dalam tempoh sembilan tahun.
“Sejak AKPK ditubuhkan pada 2006, seramai 380,000 penghutang telah mendaftar dengan AKPK bagi mendapatkan bantuan dan lebih RM350 juta hutang berjaya dilangsaikan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas larian amal The Lions Charity Balloon Run 2015 anjuran AKPK dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) yang dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.
Yang turut hadir dalam acara larian amal yang disertai kira-kira 5,000 peserta itu ialah pengerusi penganjur acara larian itu, Datuk Javern C.H. Lim dan Pengurus Besar PIDM, Rafiz Azuan Abdullah.
Kata Azaddin, AKPK pada masa sama turut memberi penekanan terutama kepada golongan muda atau yang berusia 30 tahun ke bawah dalam soal penggunaan serta pengurusan bayaran semula kad kredit bagi mengelakkan masalah tersebut.
“Penghutang berusia 30 tahun ke bawah menyumbang 15 peratus jumlah pelanggan yang berdaftar di bawah AKPK yang ramai antaranya berada dalam PPK yang sewajarnya diberi perhatian agar tidak muflis pada usia muda.
“Selain hutang kad kredit, kebanyakan penghutang menghadapi masalah bayaran balik pinjaman pembelian rumah dan kereta dengan pihak bank. Mereka ini termasuklah pekerja swasta dan juga kakitangan kerajaan,” ujarnya.

Kad kredit mempunyai kelebihan, namun jika tidak digunakan dengan bijak, ramai terjerumus dengan hutang yang banyak. Sikap boros dan suka berbelanja menggunakan kad kredit antara penyumbang ke arah tidak sihat sehingga pengguna boleh diisytiharkan muflis.
Kebanyakan kes berlaku di kalangan orang muda yang ingin kelihatan bergaya walaupun pendapatan tidak seberapa. Bak kata pepatah, 'biar papa asalkan bergaya', menyebabkan penggunaan kad kredit sebagai alternatif pembayaran sering disalah guna.
Fahami syarat sebelum guna kad kredit
Kebanyakan golongan muda terjebak dengan penggunaan kad kredit sebagai pembayaran perbelanjaan daripada semua perkara termasuk barangan keperluan, minyak kereta, belanja harian dan sebagainya.
Tindakan berbelanja sakan menggunakan kad kredit tanpa had menyebabkan mereka tidak mampu membuat pembayaran balik.
Sebaiknya, penggunaan kad kredit digunakan sewaktu kecemasan dan ‘pinjaman’ tersebut harus dibayar dengan segera.
Biasanya, caj tambahan dikenakan melebihi penggunaan sedia ada jika lewat melakukan pembayaran. Situasi tersebut menjadi igauan ngeri tambahan setelah nama termasuk dalam senarai hitam.
Bagi menyelamatkan kehidupan individu daripada terbeban dengan hutang, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan khidmat nasihat kepada penghutang tegar.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Mohamad Khalil Jamaldin berkata, mengikut statistik, hampir 80 peratus golongan muda terlibat dengan Program Pengurusan Kredit (PPK) kerana gagal mengawal penggunaan kad kredit. “Daripada statistik ini, boleh disimpulkan, masih ramai tidak tahu atau kurang memahami tujuan penggunaan kad kredit.
“Kad ini adalah medium pembayaran alternatif bagi menggantikan wang tunai yang dibuat secara elektronik memudahkan pembelian barangan atau mendapatkan perkhidmatan,” katanya.
Kad kredit merupakan instrumen berguna jika tahu menggunakannya dengan bijak, ia boleh menjadi ‘serampang dua mata’.
Sebagai tambahan, pengguna dapat menikmati tempoh tanpa faedah di antara 20 hingga 50 hari jika membayar balik hutang kad kredit secara sepenuhnya sebelum tarikh akhir pembayaran.
Tutup akaun elak hutang bertimbun: PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan pengguna agar menutup akaun kad kredit supaya tidak berhadapan kadar faedah melampau.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, faedah bank semakin tinggi disebabkan pengguna gagal membayar semua baki hutang sehingga di senarai hitam Bank Negara Malaysia (BNM).
“Setiap kali lambat atau terlupa membayar pada tarikh tertentu, bank akan mengenakan caj berpanjangan.
“Contohnya, hutang hanya RM50 namun pengguna dikenakan cas sehingga RM100,000 disebabkan baki tidak berbayar selama 20 tahun,” katanya.
Walaupun PPIM tiada rekod untuk kes sebegitu dalam jumlah tinggi, namun PPIM menerima 30 aduan berkaitan kes ini pada awal tahun ini.
Jika tidak mampu mengawal perbelanjaan, jangan memohon kad sama sekali.
“Jangan ditangguh pembayaran hutang kad kredit kerana ia akan sentiasa meningkat dari hari ke hari. “Jika salah percaturan, golongan muda terpaksa menanggung bebanan hutang hingga ke usia tua,” katanya.
Bagi mengatasi masalah muflis pada usia muda, PPIM menyarankan BNM memantau permohonan terutamanya golongan belia.
Kerajaan juga harus bertindak memantau promosi-promosi kad kredit secara berleluasa.
“Kad ini diwujudkan sebagai alternatif pembayaran sementara dan sekiranya wang mencukupi, hutang tersebut harus dibayar segera,” katanya.

KUANTAN - Kira-kira 35,000 daripada 140,000 individu yang menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Malaysia (AKPK) dikesan mensia-siakan peluang kedua apabila gagal membayar kadar hutang ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata, keadaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk penyertaan segelintir individu dalam PKK yang hanya menyertainya disebabkan mahu lari dari tuntutan bank.
Menurutnya, persediaan mental dan komitmen mereka tidak kuat dan berjumpa dengan AKPK hanya mahu lari daripada gangguan bank semata-mata.
“Mungkin juga ada yang sudah sertai program penstrukturan tetapi berlaku sesuatu kepada mereka seperti dibuang kerja.
“Bagaimanapun, sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap pendidikan kewangan, kita bantu golongan ini sebaik mungkin supaya tidak terdedah kepada risiko diisytiharkan muflis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis amal AKPK di Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al Inysirah, di sini, semalam.
Azaddin berkata, bagaimanapun 75 peratus yang menyertai PPK didapati membayar secara tetap kadar bayaran hutang dan menggunakan sebaik mungkin peluang kedua diberikan kepada mereka.
Katanya, golongan tersebut membayar kadar ditetapkan selepas penstrukturan hutang dibuat semula dan ia sedikit sebanyak melegakan mereka daripada pelbagai masalah.
“Berdasarkan statistik, 80 peratus daripada individu menyertai PPK adalah golongan berpendapatan RM4,000 ke bawah yang terdedah kepada risiko tidak mampu membayar hutang pinjaman masing-masing.
“Golongan ini antara yang berisiko jika tidak mampu membuat perancangan kewangan yang baik.
“Kalau tidak diatasi segera ia mungkin boleh menyebabkan masalah sosial lain seperti jenayah mencuri dan pecah amanah di syarikat, sebab itu ia penting untuk mereka membayar pinjaman selepas penstrukturan bayaran dibuat menerusi PPK,” katanya.
Azaddin berkata, AKPK akan terus menjalankan program didikan di pelbagai peringkat seperti agensi kerajaan, swasta dan institut pengajian tinggi (IPT) bagi mendidik masyarakat mengenai disiplin pengurusan kewangan.

Dis 14, 2015 | financialmanagement

KUANTAN 13 Dis. – Kira-kira 75 peratus daripada lebih 140,000 individu yang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) kelolaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya melakukan pembayaran semula pinjaman mereka secara konsisten dan teratur.
Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata, bagaimanapun 25 peratus lagi individu yang menyertai program pendidikan kewangan itu gagal berbuat demikian disebabkan oleh beberapa faktor tertentu.
“Antara faktornya disebabkan sikap segelintir individu yang menyertai PPK kerana mahu lari daripada bank yang menuntut bayaran hutang, selepas menyertai program ini pihak bank tidak lagi mengganggu mereka.
“Mental mereka tidak kuat dan hanya mahu lari daripada gangguan bank semata-mata, kita mahu membantu sebaik mungkin golongan ini bagi mengelakkan mereka terdedah kepada risiko diisytiharkan muflis pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis amal AKPK di Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al-Insyirah di sini, semalam.
Sejak ditubuhkan pada 2006, AKPK semakin melebarkan sayapnya dan kini mempunyai 11 cawangan iaitu di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Sarawak, Sabah, Melaka, Perak, Pahang, Terengganu, Kedah dan Kelantan.
Azaddin Ngah berkata, daripada 140,000 yang menyertai PPK itu, 8,932 kes berjaya diselesaikan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM373.9 juta.
“Majoriti golongan yang mengikuti PPK berusia 30 hingga 45 tahun dan 80 peratus berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah,” katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, sejak ditubuhkan sehingga kini lebih 380,433 pelanggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling AKPK.
“Dalam kebanyakan kes, faktor yang menyumbang kepada masalah hutang dan ketidakupayaan membayar balik pinjaman disebabkan oleh perancangan kewangan yang lemah, tidak mempunyai pengetahuan membuat perancangan kewangan dan tidak hidup mengikut kemampuan kerana tahap disiplin kewangan yang kurang.
“Terdapat juga peminjam yang bermasalah disebabkan oleh faktor luar jangkaan seperti masalah kesihatan, kematian pencari nafkah, kehilangan pekerjaan dan kegagalan perniagaan,” katanya.

SHAH ALAM - Individu yang mengalami masalah kewangan dan memohon bantuan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) sentiasa meningkat setiap tahun.
Ketua Jabatan Komunikasi AKPK, Mohamad Khalil Jamaldin berkata, dalam kebanyakan kes, faktor yang menyumbang kepada masalah hutang dan ketidakupayaan membayar balik pinjaman ialah perancangan kewangan lemah, tidak mempunyai pengetahuan membuat perancangan kewangan dan tidak hidup mengikut kemampuan kerana tahap disiplin kewangan yang kurang.
“Terdapat juga peminjam yang bermasalah disebabkan oleh faktor luar jangkaan seperti masalah kesihatan, kematian pencari nafkah, kehilangan pekerjaan dan kegagalan perniagaan.
“Sejak penubuhan sehingga 31 Oktober 2015, lebih daripada 380,433 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling AKPK di mana 140,671 daripada mereka telah dibantu melalui Program Pengurusan Kredit kami,” katanya.
Mengikut rekod AKPK, untuk tahun 2015, individu yang memohon khidmat kaunseling AKPK seramai 380,433 orang, meningkat sebanyak 70,770 orang berbanding tahun lalu seramai 309, 663 orang.
Manakala, untuk permohonan Program Pengurusan Kredit (PPK) meningkat sebanyak 19,176 orang berbanding 121,495 orang tahun lalu.
Katanya lagi, seramai 140,000 pelanggan AKPK yang 80 peratus daripadanya pemegang kad kredit, berdepan risiko muflis jika mereka gagal membayar balik pinjaman bank.
Katanya, penghutang berusia 30 tahun ke bawah menyumbang 15 peratus jumlah pelanggan yang berdaftar di bawah AKPK yang ramai antaranya berada dalam PPK yang sewajarnya diberi perhatian agar tidak muflis pada usia muda.
“Selain hutang kad kredit, kebanyakan penghutang menghadapi masalah bayaran balik pinjaman pembelian rumah dan kereta dengan pihak bank. Mereka ini termasuklah pekerja swasta dan juga kakitangan kerajaan,” ujarnya.
SHAH ALAM - Individu yang mengalami masalah kewangan dan memohon bantuan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) sentiasa meningkat setiap tahun.
Ketua Jabatan Komunikasi AKPK, Mohamad Khalil Jamaldin berkata, dalam kebanyakan kes, faktor yang menyumbang kepada masalah hutang dan ketidakupayaan membayar balik pinjaman ialah perancangan kewangan lemah, tidak mempunyai pengetahuan membuat perancangan kewangan dan tidak hidup mengikut kemampuan kerana tahap disiplin kewangan yang kurang.
“Terdapat juga peminjam yang bermasalah disebabkan oleh faktor luar jangkaan seperti masalah kesihatan, kematian pencari nafkah, kehilangan pekerjaan dan kegagalan perniagaan.
“Sejak penubuhan sehingga 31 Oktober 2015, lebih daripada 380,433 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling AKPK di mana 140,671 daripada mereka telah dibantu melalui Program Pengurusan Kredit kami,” katanya.
Mengikut rekod AKPK, untuk tahun 2015, individu yang memohon khidmat kaunseling AKPK seramai 380,433 orang, meningkat sebanyak 70,770 orang berbanding tahun lalu seramai 309, 663 orang.
Manakala, untuk permohonan Program Pengurusan Kredit (PPK) meningkat sebanyak 19,176 orang berbanding 121,495 orang tahun lalu.
Katanya lagi, seramai 140,000 pelanggan AKPK yang 80 peratus daripadanya pemegang kad kredit, berdepan risiko muflis jika mereka gagal membayar balik pinjaman bank.
Katanya, penghutang berusia 30 tahun ke bawah menyumbang 15 peratus jumlah pelanggan yang berdaftar di bawah AKPK yang ramai antaranya berada dalam PPK yang sewajarnya diberi perhatian agar tidak muflis pada usia muda.
“Selain hutang kad kredit, kebanyakan penghutang menghadapi masalah bayaran balik pinjaman pembelian rumah dan kereta dengan pihak bank. Mereka ini termasuklah pekerja swasta dan juga kakitangan kerajaan,” ujarnya.
Dis 22, 2015 | financialmanagement

Arkib
- Januari 2021 (4)
- November 2020 (2)
- Oktober 2020 (1)
- September 2020 (2)
- Ogos 2020 (2)
- Julai 2020 (1)
- Jun 2020 (2)
- Mei 2020 (2)
- April 2020 (4)
- Mac 2020 (1)
- Februari 2020 (1)
- November 2019 (1)
- Oktober 2019 (3)
- September 2019 (3)
- Ogos 2019 (2)
- Julai 2019 (2)
- Jun 2019 (2)
- Mei 2019 (1)
- April 2019 (1)
- Mac 2019 (1)
- Februari 2019 (3)
- Januari 2019 (3)
- November 2018 (4)
- Oktober 2018 (2)
- September 2018 (4)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (1)
- Jun 2018 (1)
- Mei 2018 (2)
- April 2018 (2)
- Mac 2018 (1)
- Februari 2018 (2)
- Januari 2018 (6)
- Julai 2017 (1)
- Jun 2017 (5)
- Mei 2017 (4)
- April 2017 (6)
- Mac 2017 (1)
- Januari 2017 (2)
- Disember 2016 (3)
- November 2016 (6)
- Oktober 2016 (8)
- September 2016 (2)
- Ogos 2016 (8)
- Julai 2016 (2)
- Mei 2016 (1)
- Mac 2016 (1)
- Februari 2016 (11)
- Januari 2016 (2)
- Disember 2015 (6)
- Oktober 2015 (6)
- September 2015 (4)
- Ogos 2015 (7)
- Julai 2015 (6)
- Jun 2015 (6)
- Mei 2015 (6)
- April 2015 (6)
- Februari 2015 (5)
- Januari 2015 (2)
- Disember 2014 (22)
- November 2014 (9)
- Oktober 2014 (10)
- September 2014 (3)
- Ogos 2014 (8)
- Julai 2014 (5)
- Jun 2014 (6)
- Mei 2014 (2)
- April 2014 (10)
- Mac 2014 (13)
- Februari 2014 (23)
- Januari 2014 (16)
- Disember 2013 (1)
- Oktober 2013 (7)
- Ogos 2013 (16)
- Julai 2013 (13)
- Jun 2013 (2)
- Mei 2013 (1)
- Mac 2013 (5)
- Februari 2013 (4)
- Januari 2013 (6)
- Disember 2012 (6)
- November 2012 (11)
- Oktober 2012 (17)
- September 2012 (5)
- Ogos 2012 (14)
- Julai 2012 (3)
- Mei 2012 (1)
- April 2012 (5)
- Februari 2012 (2)
- Januari 2012 (3)
- Disember 2011 (3)
- November 2011 (2)
- Oktober 2011 (3)
- September 2011 (4)
- April 2011 (6)
- Februari 2011 (3)
- Januari 2011 (1)
- Jun 2010 (2)
- Mei 2010 (3)
- Februari 2010 (1)
- Januari 2010 (1)
- Disember 2009 (1)
- November 2009 (2)
- September 2009 (1)
- Ogos 2009 (1)
- Julai 2009 (2)
- Jun 2009 (1)
- Oktober 2008 (1)
- Julai 2008 (1)
- Mei 2008 (1)
- April 2008 (1)
- November 2007 (1)
- Ogos 2007 (1)
- Jun 2007 (1)
- Januari 2007 (3)