Video raya AKPK ingatkan kita supaya bayar hutang

Categories

Categories: 

KUALA LUMPUR 24 Mei - Ada rakan-rakan yang berhutang dengan anda tetapi liat hendak bayar? Kongsikan video 'Projek Azim dan Adik' kepada mereka. Ringkas tetapi penuh mesej, video iklan Hari Raya Aidilfitri terbitan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengingatkan kita supaya menjelaskan hutang dengan rakan. Video berkenaan mengisarkan kisah sebuah keluarga kecil yang bergantung kepada keuntungan perniagaan kedai runcit sebagai punca pendapatan. Namun, apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, pasangan suami isteri itu runsing memikirkan hutang penduduk kampung masih belum dijelaskan sehingga persiapan raya mereka sekeluarga terjejas. Oleh demikian, kedua anak lelaki dan perempuan mereka yang masih kecil, Azam dan Adik cuba membantu dengan melaksanakan pelbagai idea supaya orang kampung menjelaskan hutang. Tersembunyi mesej di sebalik idea-idea dibawa mereka adalah satu bentuk sindiran bermaksud pemberi pinjam yang mungkin terdiri daripada rakan atau ahli keluarga terpaksa melakukan pelbagai perkara atau tawaran supaya hutang diberikan dibayar balik. Menarik garapan idea diketengahkan adalah sikap peminjam suka menangguh bayar hutang sehingga meneyabkan rakan yang memberi pinjam itu terbeban atau rugi. Sejajar dengan dasar penubuhan AKPK, agensi itu juga menyelitkan mesej supaya mereka yang meminjam supaya menjelaskan bayaran seperti dijanjikan. - UTUSAN ONLINE

Klik untuk tonton video penuh